-->

Cara Pindah Data dari iPhone Ke Pixel Dengan Mudah


Google terus mempromosikan telefon pintar terbarunya iaitu Pixel dan Pixel XL. Kali ini, gergasi enjin carian itu mengeluarkan sebuah video mengenai cara memindahkan data dari iPhone ke Pixel.

Dikutip dari Phone Arena, video bertajuk #PixelTips itu menghuraikan cara mudah bagi pelanggan yang ingin beralih dari iPhone ke Pixel. Langkah pertama yang disyorkan dalam video berdurasi hampir dua minit itu adalah mematikan iMessage dan FaceTime terlebih dahulu.

Selain itu, pengguna juga harus memastikan iPhone atau Pixel mempunyai daya bateri 50 peratus atau lebih. Lalu selepas kedua-dua peranti dipastikan telah dihubungkan melalui rangkaian WiFi, sambungkan iPhone ke Pixel menggunakan Quick Switch Adapter. Jangan bimbang, Quick Switch Adapter tersedia secara percuma kerana sudah termasuk dalam kotak bungkusan Pixel.

Setelah berhubung dengan Wi-Fi dan sign-in menggunakan akaun Google, Pixel akan mula mengimbas iPhone untuk memindahkan kandungan.

Kemudian pengguna boleh memilih data apa saja yang ingin dipindahkan ke Pixel, seperti foto, video, kenalan, dan SMS. Selepas proses itu selesai, pengguna boleh terus menggunakan Pixel.

Adapun Pixel dan Pixel XL adalah seri smartphone terbaru yang lahir dari kerja sama antara Google dan HTC. Keduanya diumumkan dalam acara #MadeByGoogle pada 4 Oktober 2016.

Selamat mencuba!

0 comment... add one now