Cara Mohon Kad Diskaun Pelajar KTM i-Card Student Secara Online

Cara Mohon Kad Diskaun Pelajar KTM i-Card Student Secara Online

Terkini, bagi semua pelajar sekolah, kolej dan universiti boleh mendapatkan diskaun harga tambang perkhidmatan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) sehingga 50 peratus. Anda boleh membuat permohonan KTM i-Card Student. Tapi bagaimana membuat permohonan tersebut? Mudah saja!

Untuk makluman mulai 5 April, para pelajar boleh membuat permohonan 'KTM i-Card Student' secara online menerusi portal rasmi KTMB.

Pemohon boleh mengisi borang perdaftaran secara online dan boleh membayar sebanyak RM 35 termasuk GST.

Pembayaran boleh dibuat secara "internet banking" sama ada melalui kad kredit / debit atau saluran "online banking" yang ditawarkan.

Syarat Permohonan KTM i-Card Student

-Hanya untuk pelajar sekolah, kolej dan Universiti di Malaysia

-Bayaran yuran tahunan sebanyak RM35.00 termasuk GST dan Caj penghantaran

-Tempoh sah guna kad adalah setahun dari tarikh permohonan atau selepas tamat pengajian

Cara Membuat Permohonan KTM i-Card Student Secara Online

Para pemohon boleh membuat permohonan KTM i-Card secara online dan mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan klik pada tajuk pautan di bawah

-KLIK DI SINI

Selamat mencuba!

No comments

Powered by Blogger.