Cara Mengetahui Aplikasi iOS dan Android Palsu Atau Tidak


Sebelum memuat turun sesuatu aplikasi, anda harus tahu ketika memuat turun aplikasi sekalipun dari kedai aplikasi rasmi, seperti Google Play Store (Android) atau Apps Store (iOS).

Boleh jadi, aplikasi yang kamu pasang itu adalah aplikasi palsu yang mengandungi virus jahat atau malware dan berpotensi mencuri maklumat peribadi anda tanpa anda sedari.

Para scammer yang beraksi di dunia maya biasanya memanfaatkan itu sebagai celah untuk mencuri maklumat pengguna, seperti kad kredit.

Anda memang harus tetap waspada, tapi perhatikan juga hal-hal berikut untuk mengelakkan perkara tersebut. Berikut ini, seperti dilaporkan CNET cara mengetahui aplikasi palsu atau tidak:

1. Cek Pembangun Aplikasi

Anda harus semak nama syarikat atau pemaju aplikasi berkenaan. Biasanya, scammer akan menggunakan nama yang sama. Contoh: Overstock.com (asli) dan Overstock Inc (palsu).

2. Cek Ulasan Aplikasi

Aplikasi yang real atau sebenar biasanya mempunyai ulasan (review) yang banyak, baik positif maupun negatif, dari para penggunanya. Sementara, ulasan pada aplikasi palsu hampir tidak ada.

3. Cek Tarikh Publish

Aplikasi palsu biasanya mencantumkan tarikh penerbitan (published date) terkini, sedangkan aplikasi asal memaparkan "updated on ..." atau "dikemaskini pada ...".

4. Cek Penerangan Aplikasi

Banyak pengguna yang tidak terlalu memerhatikan keterangan aplikasi. Padahal, kamu dapat mengetahui aplikasi sebenar atau tidak dari situ. Deksripsi pada aplikasi palsu sering kali salah tulis. Ingat!

5. Ragu? Anda Perlu Muat Turun di Laman

Jika kamu ragu untuk memuat turun aplikasi yang mempunyai nama sama dengan aplikasi lain, anda boleh memuat turun secara langsung di laman web rasmi developer. Biasanya akan ada pilihan "Get our app" yang akan mengarahkan anda ke aplikasi asli.

0 comment... add one now