Cara Memohon SMA Perak 2017 Secara Online


Bagi murid lepasan UPSR 2016 yang keputusan baru diumumkan baru-baru ini, anda kini boleh membuat permohonan ke Sekolah Menengah Agama (SMA) Negeri Perak 2017 bagi Tingkatan 1 ambilan pelajar sesi Januari 2017. Permohonan telah dibuka mulai 17 November hingga 30 November 2016 yang boleh dibuat menerusi online.

Cara-cara Memohon:

-Pastikan pemohon memenuhi syarat-syarat kelayakan

-Pemohon perlu mendaftar masuk sebagai ahli Gerbang Mesra Rakyat (GMR) terlebih dahulu. Sila Daftar Baru jika pemohon belum pernah daftar sebagai ahli GMR.

-Pendaftaran akan dibuka mulai 17 November hingga 30 November 2016

-Borang yang diisi haruslah lengkap dan tepat

-Pastikan pemohon menekan butang 'Hantar' dan mendapat No. Rujukan

-Setelah selesai hantar borang, anda harus cetak borang dan hantar dokumen sokongan ke Bahagian Pendidikan, Jabatan Agama Islam Perak

-Pemohon boleh memeriksa status permohonan mulai 13 Disember 2016

Syarat-Syarat Kelayakan:

1-Memperolehi sekurang-kurangnya 4A dalam UPSR 2016
2-Memperolehi sekurang-kurangnya 5A 3B dalam UPKK 2015
3-Menduduki Peperiksaan Sijil Rendah Agama Islam Perak (SRAI) 2016

Sila lihat senarai Sekolah Menengah Agama Kerajaan Negeri Perak di bawah.

#Pemohon yang layak hendaklah menduduki ujian Hafazan Al-Quran

SENARAI SEKOLAH AGAMA DI NEGERI PERAK

SEKOLAH IZZUDDIN SHAH (lelaki)
SEKOLAH RAJA PEREMPUAN TAAYAH (perempuan)
SEK. MEN RAJA DR. NAZRIN SHAH (lelaki & perempuan)
SEK MEN TAHFIZ DARUL RIDZUAN MANJUNG (lelaki)
SEK MEN TAHFIZ DARUL RIDZUAN KUALA KANGSAR (lelaki)
SEK MEN TAHFIZ DARUL RIDZUAN LENGGONG (lelaki)
SEK MEN TAHFIZ DARUL RIDZUAN TAPAH (perempuan)
SEK MEN TAHFIZ DARUL RIDZUAN KERIAN (perempuan)

Semoga berjaya bagi pemohon yang ingin memohon SMA Perak Ambilan Sesi 2017!

No comments

Powered by Blogger.