Cara Kenali Nombor Identiti Kenderaan Anda

                Application Lookup


Tahukah anda setiap kenderaan memiliki nombor identiti kenderaan seperti mana kita memiliki kad pengenalan. Ia mempunyai makna tertentu dan tidak semua orang memahaminya terutama wanita.

Ia boleh dilihat pada nombor enjin dan nombor casis (nombor badan kenderaan). Maka, semua maklumat itu mesti sama dalam geran kenderaan tersebut.

Jika nombor tidak sama atau ditukar secara haram, anda mungkin berdepan masalah dengan pihak berkuasa seperti Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) terutama jika ia kenderaan curi, kenderaan potong dan sebagainya.

Nombor Identiti Kenderaan

Setiap kenderaan baru akan mempunyai nombor identiti kenderaan yang khusus. Ia dibuat oleh pengilang-pengilang automotif dengan menggunakan kombinasi angka, huruf atau kedua-duanya.

Kebiasaannya terdapat antara 11-17 karaektor pada nombor identiti kenderaan. Sekiranya ia kurang dari itu, kemungkinan kenderaan itu dibuat pada awal 1980an.

Dua digit dihadapan mewakili negara asal pengilang. Ia telah diselaraskan di seluruh dunia. Contoh, jika Malaysia ialah negara asal pengilang kenderaan, dua digit itu ialah antara PL – PR.

Kedudukan Nombor Identiti Kenderaan

Nombor enjin dan nombor casis akan dicop atau ditempa atas plat besi atau kenderaan mengikut ukuran dan bentuk tertentu sebelum diletakkan pada tempat tertentu pada kenderaan.

                      Engine Number Locations
                   VIN Locations



Selain itu, ia boleh didapati di dalam buku manual servis kenderaan, atau buku panduan pemilik kenderaan, dokumen pendaftaran kenderaan (geran), polisi insuran, plat pengenalan kenderaan atau tanya penjual kenderaan dimana maklumat ini terletak pada kenderaan anda.

Pemeriksaan Puspakom

Penting untuk anda tahu berkenaan ini, lebih-lebih lagi sebelum membeli kenderaan terpakai. Ada baiknya menghantar kenderaan ke Puspakom untuk diperiksa. Anda boleh tahu status dan prestasi kenderaan tersebut berbanding hanya dengar-dengar cakap jurujual kenderaan.

Pihak Puspakom akan menggosok kawasan nombor casis semasa pemeriksaan untuk mengesahkan bahawa nombor identiti berpadanan dengan nombor pada dokumen pendaftaran kenderaan. Proses yang sama juga dilakukan ketika pemeriksaan nombor enjin.

Sumber: o2 Sensors

0 comment... add one now