Benarkah Jarak Pintu Syurga Terungkap Dengan Google Maps


SAAT ini internet sangat memudahkan kita untuk mendapatkan segala macam maklumat. Mulai dari maklumat penyakit dan ubatnya, sampai pada harga-harga barangan yang kita perlukan. Tapi, benarkah jarak pintu syurga pun boleh terungkap melalui internet?

Kecanggihan internet dengan hadirnya Aplikasi Google Maps ini direka khas dengan tujuan pengguna boleh mencari tempat terbaik dengan maklumat peta yang telah di tawarkan.

Namun percayakah anda jika teknologi Google Maps ini ternyata mampu membuktikan kebenaran ucapan Rasulullah pada 14 abad yang lalu.

Dahulu Rasulullah pernah bersabda di hadapan para sahabatnya tentang jarak antara dua pintu syurga.

Beliau membandingkan ukuran tersebut sama besarnya dengan jarak perjalanan dari kota Makkah-Hajar atau sama juga dengan jarak Makkah-Bushra.

Hadis sahih dari Abu Hurairah radhiallahu'anhu bahawa Nabi shallallahu'alaihi wa sallam bersabda, ini dia hadis nya:

"Demi zat yang jiwaku berada di tangan-Nya! Sungguh jarak antara dua pintu (yang ada daun pintunya) dari pintu-pintu syurga seperti antara Makkah dengan Hajar, atau seperti antara Makkah dengan Bushra, "(HR. Muslim no. 287).

Jarak dari Makkah ke dua bandar yang berbeza itu sama sama menunjukan angka 1.272 km. Apa ini suatu kebetulan atau memang suatu mukjizat yang membuktikan kerasulanya?

Memandangkan Nabi sendiri merupakan seseorang yang hidup di abad ke-7 di mana belum terdapat GPS, Satelit, Pesawat, UAV ataupun roket luar angkasa.

Lantas itu dari mana beliau boleh tahu akan hal ini? Memandangkan hasil perbandingannya sangat tepat dan mungkin ini juga yang membuktikan bahawa israk mikraj benar-benar telah terjadi dan logiknya mustahil manusia biasa yang hidup di abad ke-7 boleh mengetahui hal ini, kecuali manusia-manusia pilihan Allah yang diberi suatu mukjizat.

Waallahuallam...

Sumber: Inspiradata.com

No comments

Powered by Blogger.