Apa Itu Webe dan Pakej Yang Ditawarkan Kepada Pengguna?


Sebelum ini mesti anda tertanya-tanya apa itu sebenarnya Webe dan apakah pakej yang ditawarkan kepada pengguna Webe?
Disini saya akan kongsikan mengenai telekomunikasi Webe dan pakej yang ditawarkan kepada pengguna. Di Malaysia, 4 telekomunikasi ini iaitu Maxis, Celcom, Digi dan juga Umobile amat penting kepada pengguna tetap.

Terkini munculnya Webe yang ditawarkan kepada pengguna. Anda sebelum ini pernah dengar talian internet dari P1? PI sebenarnya sudah diambil oleh TM dan dijenamakan semula yang dikenali sebagai 'Webe'. Oleh itu, sekiranya ingin mendapatkan sesuatu pakej yang dimana menawarkan kadar panggilan (call rate), sms dan juga pelan internet, anda bolehlah cuba dengan Webe sebagai pilihan anda.

Disini saya akan kongsikan lebih lanjut mengenai pakej yang ditawarkan oleh Webe dibawah:

Pakej Webe adalah pakej post paid yang dimana menggunakan rangkaian Celcom sebenarnya. Iannya adalah support 4G.

Berikut adalah pakej ditawarkan oleh Webe:

1-Webe adalah pelan postpaid dari TM

2-Webe menggunakan rangkaian Celcom dan mempunyai support 4G

3-Pakej asal Webe adalah RM 199 (terhad satu smartphone sahaja)

4-Sekiranya anda pelanggan TM/P1, anda layak mendapat rebat sebanyak RM60 dan anda berjaya tersenarai sebagai WebeCertifiedPhone anda layak mendapat rebat tersebut

5-Untuk smartphone ke-2, 3, 4 anda perlu tambah RM 69, 59, 49

6-Webe menawarkan panggilan, sms dan internet tanpa had

7-Tiada kontrak

Siapa tidak mahu pakej jalur lebar yang tidak mempunyai had? Bagi saya amat berbaloi menggunakan Webe dan juga agak murah!

2 comments:

  1. Sepupu PC baru sahaja beberapa hari menggunakan Webe ni...mencuba katanya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha..tula ada orang cakap webe ne baguih..nak try la..haha

      Delete

Powered by Blogger.