Apa Itu Sebenarnya Hari Raya Hanukkah Yahudi ?


Hanukkah adalah Festival of Lights bangsa Yahudi yang dirayakan selama 8 hari dan 8 malam yang bermula pada setiap tarikh 25 bulan Yahudi "Kislew", atau bertepatan dengan akhir November hingga akhir bulan Disember pada penanggalam Masihi.

Dalam bahasa indonesia hari Hanukkah boleh diertikan sebagai Festival Pentahbisan, sedangkan dalam bahasa aslinya bahasa Ibrani, Hanukkah mempunyai erti dedikasi.

Perayaan Hanukkah dalam sejarahnya bertujuan untuk memperingati penyucian kembali Rumah Tuhan orang Yahudi pada tanggal 25 Kislew SM oleh kumpulan Makabe, setelah sebelumnya dikotori oleh Antiokhos IV Epiphanes pada 25 Kislew 168 SM.

Makabe sendiri adalah sebuah keluarga Yahudi yang memberontak melawan Dinasti Seleukus dan mendirikan kerajaan Hasmini di Israel pada abad ke SM.

Dalam perayaan ini umat Yahudi akan berarakan sambil membawa tongkat berhiaskan daun palem, sambil mempersembahkan korban serta bernyanyi dengan iringan alat muzik.

Sedangkan di rumah-rumah dan Sinagog, warga Yahudi akan menyediakan Menorah (lilin dengan 8 cawangan di kiri kanannya) yang akan dinyalakan satu per satu setiap hari selama hari perayaan ini.

Lilin ini harus dinyalakan sejurus selepas matahari terbenam, kecuali pada hari Sabat, pada hari ini lilin tersebut dinyalakan setengah jam sebelum matahari terbenam.

Sumber: wikipedia

No comments

Powered by Blogger.