-->

8 Sebab Kenapa Rakyat US Tergamak Pilih Trump Sebagai Presiden


Seronok tak Trump menang sebagai presiden baru Amerika Syarikat Ke-45? Kah3...

Seronok juga dengar apa dia cakap tentang negara sendiri. Disini saya akan kongsikan sebab kenapa orang Amerika tergamak pilih Trump:

1. Golongan baby boomers, orang yang lahir selepas perang dunia, adalah golongan paling ramai di US sekarang. Pro kulit putih, white supremacy.

Dia rasa negara dia sudah diambil orang orang lain. Plot cerita dia sama macam Brexit juga, bila orang putih UK menyampah dengan imigran yang masuk melambak.

2. Orang Amerika biasa-biasa ini bukan semua ada skill. Tidak kompetitive dalam mencari kerja. Kau kan tau, orang Amerika bukan rajin sangat. Kerja sikit tapi mahu gaji besar. Masih perasan dia bangsa hebat, mendahului semua bangsa lain.

3. So bila imigran datang, semua kerja beralih tangan. Imigran yang sanggup kerja susah tapi otak lebih geliga.

4. Imigran yang masuk beri jalan banyak industri baru untuk wujud. Kalau tiada mereka, industri boleh tutup. Silicon Valley contohnya, kerja orang-orang pandai.

Orang ini ramai dari Asia, China, India. Pandai dan beriman. Ramai je orang Malaysia di US tu.

5. Lama-lama orang US terasa tertinggal dalam negara sendiri. Mahu kejar tidak larat. Skill tidak cukup kuat, ilmu tidak setinggi mana. Tapi masih nak sembang hebat.

6. John cakap tahun 80-90an memang zaman yang paling gemilang. Lebih lagi orang kerja bank atau teknologi. Itu memang zaman US hebat. Michael Jackson dan Hollywood memang dasyat.

7. Tapi sekarang, Amerika sudah suam-suam kuku. Kalah dengan banyak negara. Kalau buang semua imigran, Silicon Valley dan pejabat Google pun boleh tutup sama. Kerana itu slogan ‘Making America Great Again’ buat orang US semangat membara.

8. Jadi mereka pilih Trump. Sebab dia jenis sembang power walau buat belum tentu. Nampak seorang yang berani walau cakap semua benda bikin kontroversi, Anti muslim, rasis, sexist.

Jadi rakyat mengharap ahli politik memajukan US semula. Tapi US kena terima hakikat.

0 comment... add one now