-->

8 Kelebihan Teh Hijau Yang Perlu Anda Tahu


Kebiasaannya teh menjadi kewajiban bagi setiap rumah di Malaysia dan menjadikan teh sebagai minuman seharian.

Teh hijau adalah sejenis teh yang banyak khasiat dan kelebihan. Biasanya ia di minum tawar tanpa gula atau dicampur dengan sedikit madu. Ramai antara kita tidak tahu bahawa teh hijau banyak manfaat, jauh lebih baik untuk kesihatan kita.

Berikut kelebihannya adalah:

1. Mengurangkan Berat Badan

Teh Hijau dapat meningkatkan metabolisma badan. Apabila metabolisma badan meningkat, badan lebih cepat 'memproses' lemak yang tersimpan dalam badan dengan lebih kerap. Polifenol yang terdapat dalam teh hijau berfungsi untuk meningkatkan pengoksidaan / pemprosesan lemak dan meningkatkan kadar pertukaran makanan kepada kalori.

2. Membantu Mengawal Kadar Glukosa

Teh Hijau membantu mengawal kadar glukosa dan seterusnya mengelakkan peningkatan gula dalam darah selepas makan. Ia sekali gus mengelakkan peningkatan insulin yang mendadak dalam darah serta mengelakkan penyimpanan lemak.

3. Mengurangkan Saluran Darah Tersumbat

Para saintis percaya Teh Hijau bermanfaat kepada saluran dan injap darah, saluran darah menjadi lebih stabil dan tenang untuk perubahan tekanan darah yang berubah secara tiba-tiba. Dengan ini, ia akan mengurangkan kes saluran darah tersumbat yang menyebabkan sakit jantung.

4. Mengurangkan Risiko Barah Esofagus

Teh Hijau dipercayai mengurangkan risiko Barah Esofagus, ia juga dipercayai membunuh sel barah tanpa merosakkan sel-sel sihat yang berdekatan dengannya.

5. Mengurangkan Paras Kolestrol

Teh Hijau mengurangkan paras kolestrol jahat dalam badan dan meningkatkan nisbah kolesterol baik berbanding kolestrol jahat dalam badan.

6. Mengurangkan Tekanan Darah

Pengambilan Teh Hijau yang kerap juga boleh mengurangkan risiko tekanan darah tinggi.

7. Dapat Mengelak Penyebaran Antibakteria

'Catechin' dalam teh adalah sejenis antibakteria yang kuat yang dapat menyembuhkan pelbagai penyakit dari jenis influenza hingga barah. Kajian terhadap Teh Hijau menunjukkan ia mampu mengelakkan dari penularan penyakit berjangkit.

8. Membantu Penjagaan Kulit

Teh Hijau mampu mengurangkan kedutan dan tanda-tanda penuaan, kerana ia ada ciri-ciri antioksidan dan antiradang. Kajian terhadap manusia dan haiwan menunjukkan teh hijau mampu mengelakkan daripada kerosakan dari panahan cahaya matahari.

0 comment... add one now