6 Perkara Asas Yang Perlu Anda Lakukan Jika Berlaku Kemalangan Jalan Raya

               

Mesti ada diantara anda yang pernah melalui saat sukar ketika berlakunya kemalangan yang tidak dapat dilupakan sehingga saat ini. Terlibat dalam kemalangan ni bukanlah perkara yang disukai orang ramai kerana kemalangan boleh mengakibatkan kematian kalau takpun cedera parah samada diri sendiri ataupun melibatkan orang lain.

Terlibat dengan kemalangan tidak kira kereta,motor atau lori boleh membuatkan kita rasa tertekan dan trauma. Ia boleh menjadikan kita sukar untuk berfikir dengan baik, ingat kejadian yang berlaku dan apa yang perlu dilakukan serta-merta selepas apa yang berlaku. Terutama banyak berlaku kepada kaum wanita.

Disini saya akan kongsikan 6 perkara asas penting perlu anda ingat ketika berlaku kemalangan.

1. Berhenti dengan serta-merta dan jangan meninggalkan tempat kemalangan

Cuba hentikan kenderaan anda secepat mungkin tanpa mengganggu lalu lintas atau membahayakan nyawa orang lain. Jangan sesekali meninggalkan tempat kejadian kecuali keadaan memaksa anda untuk melakukannya.

2. Tenang dan fikir tentang keselamatan

Korang kena bertenang dan dan fikirkan tentang orang lain yang terlibat dalam kemalangan itu untuk mengelakkan lebih banyak perkara tidak diingini berlaku. Bergerak ke lokasi yang selamat jika korang bimbang tentang keselamatan korang. Pastikan korang keluar dari kereta melainkan ia adalah selamat. Bertanyakan kepada orang yang terlibat dalam kemalangan itu sama ada mereka berada dalam keadaan yang baik atau tidak.

3. Cuba hubungi pihak polis

Selepas berlaku kemalangan, orang yang terlibat mungkin tidak mahu melibatkan polis dalam hal ini dan mahu menyelesaikannya sesama sendiri. Abaikan permintaan itu dan memanggil polis untuk datang ketempat kejadian walaupun ianya sekadar kemalangan kecil.

4. Membuat pertukaran maklumat antara satu sama lain

Beri kerjasama dengan pihak polis dengan memberikan maklumat yang di minta serta berikan juga maklumat pemandu yang terlibat dalam kemalangan tersebut sebagai rujukan mereka dan dapat memudahkan kerja mereka juga.

5. Dapatkan orang yang melihat kejadian

Jika terdapat mana-mana saksi yang melihat kejadian tersebut, cuba dapatkan nama dan maklumat kenalan. Minta ringkasan apa yang mereka lihat dan mengambil nota terhadap kemalangan tersebut.

6. Ambil nota dengan segera

Jika difikirkan boleh menjadi huru-hara selepas kemalangan, dan ia boleh menjadi sukar untuk mengingati sesuatu. Cuba ambil nota bertulis secepat yang mungkin selepas kemalangan dengan cepat dan setepat mungkin. Gunakan telefon anda untuk mengambil gambar dan dokumen kemalangan.

Semoga bermanfaat!

0 comment... add one now