5 Snek Waktu Malam Yang Dapat Kurangkan Berat Badan


Mesti ramai sudah tahu pelbagai cara untuk kurangkan berat badan dengan salah satu cara menjaga pemakanan anda. Tapi, ramai mengetahui bahawa makan selepas waktu 8 malam tidak digalakkan dan harus dielakkan. Namun disebaliknya, kenaikan berat badan berkemungkinan besar adalah kesan daripada apa yang dimakan berbanding masa pengambilan makanan.

Disini saya akan kongsikan 5 snek yang sesuai untuk dimakan pada waktu malam yang bantu kurangkan berat badan.

5 Snek Waktu Malam Yang Dapat Kurangkan Berat Badan

1. Kacang Pistachio

Apa jenis kacang pistachio tersebut? Pistachio di dalam kulit merupakan snek makan malam yang terbaik kerana proses membuang kulit itu sendiri memerlukan usaha seterusnya memperlahankan kadar memakannya. Apabila proses memakan menjadi perlahan, kuantiti yang dimakan juga akan berkurangan.

2. Aiskrim Raspberry Greek Yogurt

Popsicles ataupun ais krim merupakan snek mudah selepas makan malam. Namun kebiasaannya, ais krim yang dibeli mengandungi kandungan gula dan pewarna makanan yang tinggi. Ini yang memberi kesan tidak baik untuk badan anda.  Pada kebiasaanya, setiap hidangan Greek yogurt mengandungi dua kali kandungan protein dan separuh kandungan karbohidrat berbanding yogurt biasa.

3. Biji Labu (Pumpkin Seeds)

Tahukah biji labu amat baik untuk kesihatan tubuh badan anda. Magnesium merupakan mineral penting yang digunakan bagi lebih 300 tindakbalas di dalam badan manusia. Satu bahagian di mana magnesium berfungsi adalah untuk mengurangkan ketegangan dan menenangkan.

4. Susu Suam Dengan Madu

Bagi mereka yang mengalami kesukaran untuk tidur di waktu malam, pengambilan susu suam sudah menjadi kebiasaan bagi membantu proses ini. Apa kata campurkan sedikit madu ke dalam susu suam anda yang mana akan meningkatkan sedikit kandungan gula bagi snek ini. Lebihan gula ini senang dihadam dan akan mengaktifkan hormon yang membentuk serotonin.

5.Kacang Almond

Hasil kajian dari American Journal of Clinical Nutrition pada tahun 2012 mendapati dalam tempoh 18 bulan, responden yang mengamalkan pengambilan kacang almond berjaya mengurangkan berat badan. Mereka yang mengamalkan kacang almond juga mendapati peningkatan yang baik pada kadar kolesterol mereka secara keseluruhan.

Selamat mencuba!

No comments

Powered by Blogger.