-->

5 Sebab Kenapa Anda Perlu Pergi Ke Malaysia Autoshow 2016


Malaysia Autoshow baharu sahaja bermula hari ini di Pusat Konvensyen Mines sehingga Ahad 13 November 2016.

Ia mempamerkan pelbagai jenis kereta dan produk permotoran dan merupakan pameran auto yang wajib dihadiri oleh peminat-peminat dunia permotoran kerana beberapa sebab.

Di sini kami berikan lima sebab kenapa anda perlu ke Malaysia Autoshow:

1-Career Fair

Jika anda sangat berminat untuk berkerjaya di bidang automotif, sila lawat Career Fair di Malaysia Autoshow. Pelbagai kerjaya di bidang automotif ditawarkan di sana antaranya Pengurus, QC, jurutera, jawatan di bidang logistik, R & D dan pelbagai jawatan lagi.

Anda juga akan diberikan tiket masuk percuma, hanya tunjukkan resume dan anda akan diberikan tiket secara percuma.

2-60 model baharu dipamerkan dan peluang untuk pandu uji pelbagai model kereta

Pelbagai model kereta baharu dipamerkan dan anda juga berpeluang pandu uji pelbagai model kereta. Anda juga berpeluang untuk mendapat diskaun yang khusus untuk pelawat Malaysia Autoshow.

3-Lamborghini Gallardo GT3 dan GTR Liberty Walk


Kereta "supercar" pun dipamerkan di sini, mungkin ditemani dengan makwe-makwe "super".

4-Kereta Modifikasi



Pelbagai jenis kereta yang telah diubahsuai dipamerkan, daripada model hatchback, sedan sehingga model 4 × 4.

5-Tiket RM10 sahaja percuma kepada pelajar

Menjadi peminat kereta tidak memerlukan bajet yang besar. Malaysia Auto Show memberikan tiket percuma untuk pelajar-pelajar sekolah dan kolej atau universiti. Hanya perlu memakai baju sekolah atau tunjukkan kad pengenalan pelajar untuk mendapatkan tiket percuma. Tetapi hanya sah pada hari ini dan esok sahaja!

0 comment... add one now