-->

5 Extension Chrome Yang Patut Anda Uninstall


Pelayar extensions alias sambungan untuk pelayar seringkali membuat pengalaman melayari di internet jadi lebih mudah.

Malangnya, tanpa kamu duga, sambungan-sambungan pelayar itu juga menyimpan pelbagai rahsia. Misalnya saja menggunakan banyak system resource, mengumpul data pengguna, meng-install adware tanpa izin pengguna, hingga tak mengerjakan perintah-perintah yang kamu minta.

Meskipun begitu, agak sukar untuk mengesan pelanggaran privasi apa sahaja yang dilakukan oleh sejumlah sambungan pelayar.

Berikut adalah extension yang patut anda uninstall:

1. Adblock Plus

Adblock Plus merupakan salah satu sambungan di Chrome yang paling popular, namun perlu diketahui bahawa sambungan ini menggunakan sumber secara intensif.

Walaupun punya prestasi bagus untuk menyekat iklan, penggunaan memori dalam CPU sangat banyak. Dalam sejumlah uji benchmark didapati bahawa Adblock Plus tidak berkesan.

Maka, disyorkan untuk menghapuskan Adblock Plus dari Chrome kamu dan jika terpaksa harus memakai penghalang iklan, boleh memakai uBlock Origin, AdGuard, atau Ghostery.

2. Extension Antivirus

Seringkali, sambungan pelayar dari pembekal antivirus hanya bertujuan untuk mendapatkan lebih banyak wang buat keuntungan syarikat.

Sambungan antivirus ini sudah pasti memantau lalu lintas kamu selama menggunakan internet. Oleh itu, lebih baik cepat-cepat ditanggalkan.

3. Extension VPN Hola

Pada beberapa negara, misalnya saja China, akses terhadap perkhidmatan internet tertentu benar-benar dilarang, oleh kerananya salah satu cara mengaksesnya dengan sambungan bernama Hola.

Bandwidth pengguna pun dijual untuk menampung kos operasi perkhidmatan percuma, belum lagi sistem pengguna pun dikesan oleh botnet tersebut.

Untuk menyembunyikan diri, dalam blog Hola disebutkan jalur lebar yang terpakai hanya 6MB per hari. Hola juga meyakinkan pengguna bahawa sambungan tersebut boleh menangkal kejahatan.

4. Autocopy Original

Terkesan memudahkan, sambungan Autocopy Original membolehkan pengguna untuk tak lagi mengeklik Copy atau Ctrl + C untuk menyalin teks.

Asalnya, sambungan ini justeru dibuat oleh laman web yang ingin menjual barangan kepada kamu. Oleh itu, sambungan Autocopy Original lebih baik langsung dikeluarkan dari pelayar Chrome kamu.

5. Hover Zoom

Mulanya, sambungan ini sangat memudahkan bagi pengguna yang ingin melihat sebuah gambar di internet. Belakangan baru diketahui bahawa Hover Zoom dibawa oleh syarikat yang berubah menjadi sebuah spyware alias pengintai.

2 comments.. read them below or add one

Eeca Shyaa Eeca Shyaa November 17, 2016 at 5:58 PM
tak pernah guna yang mana2 extension nii
Lokman Hakim Lokman Hakim November 24, 2016 at 5:54 PM
Haha..tula..tapi lokman pernah guna adblock...slalu blogwalking yerr