5 Aktiviti Riadah Menarik Yang Boleh Anda Kunjungi Di Morib

                 

Tahukah ada satu destinasi percutian yang menarik mungkin anda tidak tahu di tepi pantai yang terkenal dikalangan warga Kuala Lumpur dan Selangor. Anda pernah pergi Morib tak? Apa aktiviti yang menyeronokkan boleh anda lakukan? Disini saya ingin kongsikan serba sedikit tentang Morib.

Dimanakah Morib terletak?

Morib adalah merupakan salah sebuah mukim di Daerah Kuala Langat, Selangor. Pantai Morib yang tenang itu merupakan salah satu tempat tarikan pelancong utama di negeri ini. Selain itu, tempat ini sesuai untuk dijadikan tempat anda beriadah dan melakukan aktiviti bersama dengan ahli keluarga. Jom kita lihat 5 aktiviti beriadah menarik yang boleh anda lakukan di Morib tersebut!

1. Aktiviti Berkelah

Tempat yang dikelilingi pokok yang rendang, kawasan rumput hijau yang luas dan dikelilingi pantai yang indah permandangan.

2. Kunjungi Tempat-Tempat Menarik

               

Pasti ramai yang tidak tahu tentang keistimewaan Morib yang mempuyai tempat-tempat menarik yang anda boleh lawati. Secara ringkasnya, Morib satu masa dahulu pernah menjadi tempat pendaratan dan pertahanan tentera British daripada serangan tentera Jepun pada perang dunia ke-2.

Selain itu juga, banyak tempat-tempat menarik dalam Morib yang anda boleh lawati seperti Rumah Api Jugra, Makam Sultan Abdul Samad, Masjid Sultan Alaudin, Istana Bandar dan banyak lagi.

3. Aktiviti Memancing, Mengutip Cengkerang Laut

Di Pantai Morib ini memang tidak digalakkan untuk mandi-manda kerana faktor pantai yang tidak sesuai untuk dijadikan tempat mandi. Apabila tiba waktu air surut anda boleh berjalan dan disitu anda boleh menangkap ketam dan mengutip cengkerang laut.

Selain daripada Pantai Morib ini, terdapat beberapa pantai lagi yang anda boleh pergi seperti Tanjung Rhu di Pulau Carey dan Pantai Kelanag. Kepada penggemar menangkap ikan, anda boleh pergi ke Pantai Kelanang untuk menyewa bot dan memancing.

4. Jalan-jalan Cari Makan

Jika sudah berdekatan dengan pantai, sudah tentulah makanan laut paling terkenal di Morib.

Tetapi kalau anda ingin nak makan yang lagi menarik, luangkan masa dalam 20 minit untuk pergi ke Banting. Antara tempat makan yang sedap anda boleh kunjungi ialah Medan Selera Dataran Morib, Restoran Juvita Seafood, dan banyak lagi.

5. Aktiviti Bermain Layang-layang

Keadaan Pantai Morib yang mempunyai kawasan lapang di ikuti dengan angin laut yang menderu, tidak hairanlah jika tempat ini terkenal dengan permainan layang-layang dan wau. Ini merupakan salah satu tarikan utama pelancong untuk datang ke sini.

                  

Jika anda berminat dengan aktiviti bermain layang-layang ini, anda boleh datang ke Pesta Morib Karnival Udara 2016 pada 26 - 27 November 2016 ini di Dataran Pantai Morib. Pelbagai aktiviti menarik akan diadakan pada hari tersebut antaranya Persembahan Wau dan Layang-Layang dan bengkel membuat wau. Wahh..memang sungguh menarik!

No comments

Powered by Blogger.