13 Tips dan Persiapan Anda Sewaktu Di Dalam Kapal Terbang



Kali ini saya ingin kongsikan satu tips mengenai persiapan sebelum menaiki kapal terbang, peralatan dan pakaian yang tidak digalakkan dipakai bila anda nak 'fly', dan etika apabila di ruang udara.

Berikut adalah tips dan persiapan anda sewaktu di dalam kapal terbang:

1. Buka jaket, jam, tali pinggang dan keluarkan barang elektronik

Untuk mempercepatkan pemeriksaan dan memendekkan barisan, penting untuk anda bersiap sedia dengan mengeluarkan siap-siap segala alatan elektronik dan cecair dari Bagasi tangan anda.

Buka jaket / sweater, tali pinggang dan kasut boot, dan keluarkan duit syiling dari poket. Masukkan botol-botol cecair anda dalam satu plastik boleh zip yang lutsinar!

Bergerak cepat bila dipanggil dan ambil barang-barang anda segera dan pakai semula di kawasan yang jauh dari kawasan pemeriksaan!

2. Patuhi had saiz bagasi tangan

Jangan degil bawa beg jauh lebih besar daripada had. Ini ialah sikap penting diri! Bila anda patuhi saiz, beg anda boleh disimpan menegak kerana beg yang disimpan melintang di atas membazir ruang.

3. Elakkan dari memakai terlalu banyak barang kemas

Kalau nak juga pakai, masukkan dalam plastik ataubeg kecil sebelum berbaris untuk pemeriksaan. Lepas pemeriksaan bolehlah pakai semula.

4. Elakkan memakai pakaian ketat terutama dalam penerbangan jarak jauh

Dalam penerbangan panjang hampir setiap masa anda duduk di kerusi anda tanpa banyak pergerakan maka pakaian ketat boleh menyebabkan DVT (deep vein thrombosis) iaitu pembekuan darah dalam salur darah.

Kaki boleh bengkak kerana darah tak mengalir. Selamatkan diri anda dari perkara ini.

5. Jika anda travel ke destinasi bermusim sejuk, 'pack' baju sejuk dan jaket tebal anda dalam bagasi kargo

Pakailah beberapa lapisan baju dan jaket nipis ketika dalam kabin. Kalau nak juga bawa jaket tebal dalam kabin, pek guna beg vakum dan masukkan dalam bagasi tangan anda. Ini untuk menjimatkan ruang dan memudahkan pergerakan dalam kabin bukan sahaja untuk anda tetapi untuk penumpang lain.

Dalam kapal anda juga boleh minta selimut. Ia jauh lebih baik daripada pakai jaket tebal-tebal yang merimaskan. But please do not steal the blanket!

6. Elakkan dari memakai skirt pendek dan pakaian yang terlalu berjurai

Bila berlaku kecemasan, skirt pendek anda takkan melindungi anda dari unsur-unsur cuaca dan bahaya persekitaran. Dan pakaian terlalu berjurai pula boleh menyebabkan anda tersangkut di kerusi-kerusi ketika anda bergerak menuju pintu kecemasan.

7. Jangan tidur semasa kapal terbang berlepas dan mendarat

3 MINIT PERTAMA dan TERAKHIR di setiap penerbangan ialah MINIT PENTING atau masa hidup dan mati kerana menurut statistik, sebahagian besar kemalangan udara berlaku ketika berlepas dan mendarat. Maka JANGAN TIDUR di 3 minit pertama dan terakhir ini!

8. Tumpukan perhatian kepada demo keselamatan

Walau anda sudah terbang beberapa kali, sentiasa TUMPUKAN PERHATIAN terhadap demo keselamatan kerana peraturan setiap kapal mungkin berbeza dari kapal lain. Perhatikan dan ingat di mana pintu kecemasan terdekat dengan anda. Sentiasa peka dengan arahan anak kapal!

9. Sentiasa pakai tali pinggang bila di tempat duduk anda walaupun tiada 'turbulence'!

Benda macam ni datang tanpa amaran, dan anda tak mahu tercampak hingga kepala terhentak di 'overhead compartment' dan yang lain-lain yang boleh menyebabkan kecederaan serius.

10. Jangan buka kasut

Tolong jangan buka kasut jika anda tahu anda bukan jenis pembersihan / ada kaki busuk! Udara dalam kabin dikitar semula, bau busuk dan sebagainya boleh kekal dalam kabin dan menyebabkan ketidakselesaan penumpang lain. Kalau nak juga, pastikan stokin anda bersih dan jangan buka stokin.

11. Hormati privasi penumpang lain

Kalau yang duduk di sebelah anda bukan yang anda kenal dan mereka tak mahu berbual dengan sesiapa pun, jangan paksa! Berikan privasi!

12. Cuba tunggu masa sesuai untuk ke tandas

Bila nak ke tandas, tunggulah masa sesuai, bukan sewaktu anda nampak anak kapal sedang sorong troli makanan dan minuman! Selepas anda makan, tunggu sehingga anak kapal kumpul dulang barulah anda bangun.

13. Jaga kebersihan tandas

Gunalah tandas macam mana anda guna tandas di rumah anda. JANGAN BUAT KECAH / SEPAH. Jangan juga guna tandas terlalu lama, ingatlah bahawa dalam kapal ada penumpang lain juga.Again, BE CONSIDERATE.

Semoga bermanfaat!

No comments

Powered by Blogger.