-->

10 Makanan Ini Tidak Sepatutnya Berada Di Dalam Peti Sejuk Anda


Tahukah anda barang dapur yang anda beli iaitu bahan masakan, anda sudah semestinya akan mula menyusun barang untuk disimpan pada tempatnya, dan kebanyakan bahan yang dibeli, sudah pasti akan di simpan di dalam peti sejuk untuk tahan lebih lama.

Namun begitu, tidak semua bahan masakan sesuai untuk diletakkan di dalam peti sejuk, ada di antaranya akan mudah rosak atau mengurangkan rasa bahan tersebut.

Jadi, aku ingin kongsikan beberapa bahan yang tidak perlu ada di dalam peti sejuk anda dirumah.

10 Bahan Yang Tidak Perlu Ada Di Dalam Peti Sejuk

1-Bawang

Cuba anda semak di dalam peti sejuk rumah anda, mesti terdapat bawang kan? Jika ya, keluarkan bawang tersebut dari peti sejuk dengan segera. Ianya bukan sahaja akan cepat rosak, tetapi juga menyebabkan peti sejuk anda berbau tidak enak.

2-Bawang Putih

Biarkan sahaja bawang putih berada di luar, di simpanan pantri anda. Peti sejuk akanmenyebabkan rasa bawang putih menghilang, melalui ulas bawang putih tersebut.

3-Roti Dan Makanan Yang Dibakar

Menyimpan bahan masakan yang telah dibakar di dalam peti sejuk lebih cenderung untuk mempercepatkan proses makanan menjadi basi, berbanding tinggalkannya di luar. Tetapi jika anda ingin menyimpan makan tersebut lebih lama, lagi baik jika disimpan di dalam freezer.

4-Kekacang Kering

Menyimpan kacang kering dalam peti sejuk bukan sahaja menghilangkan rasa, ia juga boleh menyebabkan mereka mula bercambah. Kacang kering baik disimpan di atas rak!

5-Serbuk Kopi

Satu lagi kejutan! Serbuk kopi sebenarnya akan kekal lebih baik dan bertahan lama, apabila disimpan di dalam bekas kedap udara yang tertutup. Jika diletakkan di dalam peti sejuk, kopi akan kehilangan rasa dengan lebih cepat.

6-Madu

Apabila ditinggalkan di dalam persekitaran yang sejuk, madu akan membeku, menjadikannya hampir mustahil untuk dikeluarkan dari botol. Namun berita baiknya adalah, madu yang disimpan dengan balang terbuka mampu bertahan selama 2 tahun.

7-Avokado

Sudah pasti anda sukar untuk menjumpai avokado yang dijual selepas mereka masak dengan ranum kan, dan jika anda mahukan avokado anda masak dengan lebih cepat, jangan masukkanya di dalam peti sejuk. Suhu yang sejuk boleh memperlahankan atau menghentikan proses untuknya masak.

8-Minyak Masak

Kecuali minyak kacang, semua minyak masak yang lain tidak boleh disimpan di dalam peti sejuk. Malah, apabila berada di suhu yang sejuk, minyak menjadi 'gloomy' dan mula mengeras.

9-Makanan Jeruk

Ini makanan yang sering disimpan di dalam peti sejuk, mana tidaknya, enak dimakan diwaktu sejuk kan. Tapi, percaya atau tidak, ini adalah makanan yang dibungkus dengan begitu banyak natrium dan air garam, dan ianya sama sekali tidak memerlukan proses penyejukan!

10-Buah Tomato

Satu lagi kejutan! Melainkan dapur anda terasa sangat panas, atau berhaba, tidak perlu untuk anda menyimpan tomato di dalam peti sejuk. Ini bukan sahaja menyebabkan tomato mengering, tetapi akan menjadi lembik juga.

Ingat kawan-kawan ada benda yang boleh simpan dalam peti sejuk! Dan ada yang tak boleh simpan!

0 comment... add one now