10 Bidang Pengajian Mempunyai Gaji Tertinggi di Dunia


Dengan kemodenan dunia yang sungguh pesat ini, tidak dapat dinafikan kos pendidikan tidaklah murah dan menjadi bebanan kepada orang yang ingin mendapatkan pendidikan. Kadang-kadang orang tua sampai meminjam wang untuk membiayai anaknya demi mendapat segulung ijazah yang menjadi penentu perjalanan karier di masa depan.

Namun, saban hari kita dihidangkan dengan berita lulusan sarjana yang kebanyakkan akan menganggur dan gagal mendapat sebarang pekerjaan selepas mereka 'graduate'.

Kalau sudah begitu, calon mahasiswa perlu bersikap bijak dan berfikiran luas dalam memilih program pengajian di universiti. Sehingga kelayakan mereka kelak sesuai dengan keperluan industri.

Berikut adalah senarai 10 bidang pengajian yang mempunyai tahap gaji tertinggi di dunia dan dijamin akan mendapat pekerjaan selepas tamat pengajian di universiti:

1. Doktor dan Doktor Gigi

Dengan kos pengajian paling mahal selama 4 tahun, bidang kajian perubatan dan doktor gigi menjanjikan peluang pekerjaan hampir 95% setelah pelajar lulus kuliah setelah 4 tahun.

Prospek Kerjaya: doktor, ahli bedah dan doktor gigi

2. Doktor Haiwan

Tempat kedua adalah bidang penjagaan kesihatan haiwan iaitu sebagai Doktor Haiwan. Walaupun sebelumnya bidang perubatan haiwan banyak mencetuskan debat dan kontroversi lebih-lebih dengan isu doktor Muslim dan haiwan yang najis untuk disentuh. Namun kesedaran yang semakin meningkat terhadap nilai kasih sayang kepada haiwan menaikkan populariti program kajian ini. Berbaloilah gaji tinggi dengan bidang yang diambil pon susah!

Prospek Kerjaya: Doktor haiwan, ahli biologi haiwan dan penyelidik syarikat farmasi haiwan

3. Jurusan Berkaitan Perubatan

Tempat ketiga ialah kajian yang merangkumi kajian kesihatan fizikal secara holistik ini difokuskan pada cabang-cabang dalam bidang perubatan dan perubatan.

Prospek Kerjaya: Ahli psikologi, ahli fisioterapi dan ahli anaestetik

4. Arkitek, Pembinaan dan Perancangan

Kuliah jurusan ini mempunyai keunikan kerana menggabungkan kedua-dua bidang ilmu sains dan kemanusiaan. Malah bidang ini memberi sumbangan langsung terhadap pembentukan persekitaran manusia seperti pembinaan bangunan, jambatan dan perancangan sesebuah penempatan baru.
Jurusan arkitek pon dikatakan agak sukar dipelajari dan memerlukan kemahiran yang tinggi dalam menghasilkan sesuatu pembinaan yang terbaik.

Prospek Kerjaya: Arkitek, juru gambar teknik dan perancang bandar

5. Teknik dan Teknologi

Secara umumnya, bidang ini dikatakan mempunyai banyak persamaan dengan jurusan nombor 4. Oleh kerana bidang kajian ini merupakan ahli bidang teknologi kejuruteraan yang sering mempunyai tanggungjawab untuk dalam mereka bentuk dan merancang pembangunan.

Lulusan teknologi kejuruteraan boleh bekerja di industri besar seperti pengeluaran, pembinaan, industri, penyelenggaraan, dan pengurusan.

Prospek Kerjaya: Pereka produk, pembangunan sistem, jurutera, operator teknikal dan kawalan kualiti

6. Ilmu Komputer

Ilmu komputer secara umumnya adalah pengkajian perhitungan dan pemprosesan maklumat, sama ada dari segi perkakasan mahupun perisian komputer itu sendiri, sesuai dengan zaman yang semakin berkembang maju dan moden dengan teknologi yang pelbagai. Agak susah jugak mempelajari ilmu komputer kerana semuanya melibatkan pengetahuan dalam 'Programming'.

Prospek Kerjaya: Programmer, eksekutif IT, pereka grafik dan multimedia, animator dan juruteknik rangkaian

7. Bidang Pendidikan

Gelaran ini sesuai untuk mereka yang berminat dalam bidang psikologi dan sosiologi pendidikan terhadap manusia. Selain itu, kursus ini turut meningkatkan kesedaran tentang peranan perkembangan fizikal, emosi, kreativiti, bahasa dan estetika manusia.

Prospek Kerjaya: Guru, pembantu penyelidik dari NGO, pendidik peribadi

8. Pengajian Perniagaan

Jurusan ini melahirkan graduan kemahiran pentadbiran, pengurusan sumber manusia, perakaunan, kewangan, pemasaran, insurans, perbankan dan juga keusahawanan (entrepreneur). Pengajian ini melibatkan pengetahuan dan kemahiran tinggi dalam bidang perniagaan atau keusahawanan.

Prospek Kerjaya: Pembantu pejabat pelaburan, pembantu pegawai operasi, pengusaha dan agen insurans

9. Ilmu Matematik

Bidang ini berkaitan dengan ilmu matematik dan statistik serta mengolah kemampuan untuk menggunakan teknik dan kaedah kuantitatif yang tepat untuk melakukan analisis, penyelidikan, perkiraan dan perancangan dalam persekitaran industri. Anda yang minat mendalam dalam ilmu matematik bolehlah mendapatkan kerjaya seperti tertera dibawah.

Prospek Kerjaya: Penyelidik statistik, eksekutif kawalan kualiti, analisa perniagaan dan eksekutif bank

10. Pengajian Sosial

Yang kesepuluh, satu bidang atau disiplin ilmu yang mengkaji struktur dan sifat-sifat kelompok manusia. Jangan lupa, bidang ini sebenarnya merangkumi cabang-cabang ilmu yang luas seperti geografi, ekonomi, ilmu politik dan sosiologi.

Prospek Kerjaya: Pakar kriminologi, penjaga arkib sejarah, analisa pemasaran dan pensyarah

Moga-moga dengan perkongsian ini dapat memudahkan anda untuk mengetahui manakah pengajian yang mempunyai gaji tertinggi di dunia.

1 comment:

  1. Hello,
    Ini adalah untuk memaklumkan kepada orang ramai bahawa Puan Jane Alison, pemberi pinjaman pinjaman peribadi mempunyai membuka peluang kewangan untuk semua orang yang memerlukan apa-apa bantuan kewangan. Kami memberi pinjaman pada kadar 2% kadar faedah kepada individu, syarikat dan syarikat-syarikat di bawah terma dan syarat yang jelas dan mudah difahami. hubungi hari ini kami melalui e-mel supaya kita boleh memberikan syarat-syarat pinjaman dan syarat-syarat kami di: (saintloanss@gmail.com)

    ReplyDelete

Powered by Blogger.