-->

Vahana Teksi Udara Tanpa Pemandu Airbus Diperlihatkan


Mengikut ramalan Back To The Future II, kereta terbang sepatutnya sudah wujud sejak tahun 2015. Realitinya tiada kereta terbang di udara apakan lagi papan lungsur terapung yang dinaiki oleh Marty McFly. Tetapi usaha untuk mewujudkan teksi udara sedang giat dibangunkan beberapa syarikat ternama.

Airbus hari ini memperlihatkan konsep teksi udara tanpa pemandu mereka yang diberi nama Vahana. Projek ini diumumkan Ogos lalubagi menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas di bandar besar.

Vahana ialah sebuah pesawat elektrik dengan sistem kipas sendeng. Ini membolehkan ia terbang dan mendarat seperti helikopter serta terbang mendatar seperti pesawat konvensional. Setiap Vahana mampu membawa seorang penumpang dan dilengkapi lapan motor elektrik yang dipasang pada dua pasang sayap.

Pihak Airbus berharap prototaip pertama akan dihasilkan pada tahun 2017 dan ia boleh dijual seawal 2020.

Adakah anda bersedia untuk menaiki teksi udara tanpa pemandu seperti ini di masa hadapan?

SUMBER: VAHANA

0 comment... add one now