Sospendo Cagak Tablet Yang Boleh Dipasang Pada Tubuh


Adakah anda gemar menggunakan tablet tetapi malas untuk memegangnya kerana tangan mudah lenguh? Anda tidak perlu risau kerana kini wujud Sospendo.

Sospendo ialah cagak untuk tablet yang membolehkannya dipasang pada badan bagi membenarkan penggunaan pampas tangan.

Cagak boleh lentur ini boleh dipasang pada pinggang ataupun leher pemilik. Mereka boleh melentur bahagian pemegang mengikut keselesaan tubuh masing masing.

Ia sesuai digunakan di dalam kereta api, ketika duduk di sofa rumah ataupun ketika bermain Pokemon Go di dunia sebenar. Ia dijual pada harga $ 25 (~ RM 103) sebuah.

Macam-macam teknologi sekarang, anda boleh cuba!

SUMBER: SOSPENDO

No comments

Powered by Blogger.