-->

Sinopsis Filem Upin Ipin Jeng Jeng Jeng! 24 November 2016


Filem animasi Upin & Ipin Jeng, Jeng, Jeng! yang telah diterbitkan oleh Les 's Copaque Production gabungan bersama KRU akan mula ditayangkan di seluruh pawagam Malaysia pada 24 November 2016.Filem ini adalah merupakan filem animasi Malaysia yang pertama di mana memaparkan kesan khas 3D beserta lakonan hidup para-para pelakon.

Sinopsis Filem Upin & Ipin Jeng, Jeng, Jeng!

Filem Upin & Ipin Jeng Jeng Jeng ini adalah mengisahkan tentang seorang kanak-kanak perempuan yang berusia 10 tahun iaitu Balqis. Balqis adalah merupakan anak yatim piatu yang mempunyai kebolehanyang amat istimewa iaitu dapat bertinteraksi dengan watak kartun kegemarannya iaitu Upin & Ipin. Dunia indah Balqis berubah apabila rumah anak-anak yatim yang didiaminya akan diambil semula oleh seorang ahli perniagaan yang kejam. Demi menyelamatkan rumah anak yatim tersebut, Balqis bersama Upin & Ipin mencari seorang bekas penyanyi terkenal iaitu Awie untuk membantu mereka. Dapatkah mereka menyelamatkan rumah anak-anak yatim tersebut, jom sama-sama saksikannya.

Filem animasi atau `live action` Upin dan Ipin ini telah diarahkan oleh pengarah hebat Erma Fatima dan dibintangi pelakon-pelakon hebat iaitu Asyiela Putri (Upin & Ipin), Puteri Balqis, Awie, Sara Ali, Gambit Saifullah dan Remy Ishak.

Bahasa: Melayu
Klasifikasi: U
Tarikh Tayangan: 24 November 2016
Genre: Pengembaraan / Animasi
Tempoh: 1 Jam 38 Minit
Pengedar: Primeworks Studios
Pelakon: Asyiela Putri, Puteri Balqis, Awie, Remy Ishak, Sara Ali
Pengarah: Erma Fatima, Hajah Ainon Ariff
Format: 2D

Sama-sama kita ke pawagam berdekatan dengan anda mulai 24 November 2016 nanti'

0 comment... add one now