-->

Senarai Terkini Kadar Harga Minyak Masak Malaysia 2016


Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hamzah Zainudin dalam satu kenyataan rasmi media pada 26 Oktober 2016 telah mengumumkan penstrukturan semula Skim Penstabilan Harga Minyak Masak.

Berikutan pengumuman berkenaan harga minyak masak di Malaysia dalam botol 1 kg dan keatas akan mengikut harga pasaran manakala harga minyak masak paket plastik 1 kilogram (kg) kekal RM2.50 ia berkuatkuasa mulai tarikh 1 November 2016.

Untuk memastikan golongan sasar yang memerlukan dapat menikmati subsidi kerajaan, kerajaan mengekalkan harga minyak masak yang dijual dalam paket plastik 1 kilogram pada harga sekarang iaitu RM2.50 setiap satu.

Bagi minyak masak lain pula, (minyak masak dalam botol 1 kg dan keatas) harganya akan mengikut harga pasaran sekali gus kerajaan dapat mengelak daripada menanggung kos subsidi hampir RM100 juta sebulan susulan kenaikan harga minyak olien (minyak sawit diproses) .

Langkah ini juga adalah bertujuan mengurangkan pengeluaran minyak masak di sempadan susulan pembelian minyak masak bersubsidi oleh warga negara jiran.

SENARAI HARGA MINYAK MASAK MALAYSIA 2016 TERKINI 

Bulan           Minyak Masak              Harga

Disember     Pakej (1 kg sahaja)        2.50      
                       Botol 1 kg keatas    1kg (3.70)
                                                         2 kg (7.40)
                                                         3kg (11.10)
                                                         5 kg (18.50)

Harga minyak masak botol 1 kg dan keatas (tanpa subsidi) adalah anggaran harga minimum berdasarkan harga olien paras stabil RM2,900 satu tan (tentatif - boleh berubah mengikut pasaran).

0 comment... add one now