-->

Jadual Keputusan dan Kedudukan Carta Malaysia Piala Suzuki AFF 2016


Piala Suzuki AFF 2016 iaitu kejohanan bola sepak Asean yang diadakan setiap dua tahun sekali kini sudah memasuki edisi ke 11 akan membuka tirai aksi bagi negara bertanding bermula pada tarikh 19 November hingga 17 Disember 2016.

Myanmar dan Filipina secara rasminya telah dipilih menjadi tuan rumah bersama untuk kejohanan bola sepak Piala Suzuki AFF pada edisi tahun ini (2016) Malaysia telah diundi berada di kumpulan B, sekali gus berjaya mengelak daripada bertemu juara empat kali, Thailand dan Singapura pada saingan peringkat kumpulan Piala AFF 2016.

Penerangan Format Piala AFF Suzuki 2016 

Lapan pasukan dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu A dan B, masing-masing dihuni oleh empat negara dan satu slot terakhir akan disi oleh pasukan negara yang memenangi pusingan kelayakan.

Kumpulan A terdiri daripada juara bertahan, Thailand, Singapura, Indonesia dan pasukan tuan rumah Filipina.

Kumpulan B terdiri daripada Myanmar, Malaysia, Vietnam dan pasukan yang menjuarai pusingan kelayakan sama ada Kemboja, Laos, Timor Leste atau Brunei.

Dua pasukan terbaik setiap kumpulan layak ke separuh akhir, di mana juara Kumpulan A akan berdepan naib juara Kumpulan B, manakala juara Kumpulan B bertemu naib juara Kumpulan A.

Perlawanan akhir akan diadakan dalam dua peringkat pada 14 dan 17 Disember bertempat di negara yang berjaya melayakkan diri ke final.

JADUAL KEPUTUSAN TERKINI DAN KEDUDUKAN CARTA PIALA AFF SUZUKI 2016 MALAYSIA 

Berikut adalah perincian jadual dan keputusan perlawanan hanya melibatkan skuad Harimau Malaysia serta pasukan lain yang berada dalam kumpulan B:

JADUAL KEPUTUSAN KEDUDUKAN CARTA KUMPULAN B PIALA AFF SUZUKI 2016

20 Nov 2016
Malaysia 3-2 Kemboja
Shazwan   37'           Vathanaka Chan 8',59'
Amri Yahya 69',80'

23 Nov 2016
Malaysia 0-1 Vietnam
Huang Nguyen Trong 80'

26 Nov 2016
Malaysia 0-1 Myanmar
David Thun 89'

Malaysia tidak layak ke peringkat seterusnya apabila hanya sekadar kedudukan ketiga dalam Kumpulan B!

0 comment... add one now