Harith Iskander Tersenarai 20 Individu Paling Kelakar Di Dunia


PELAWAK terkenal Harith Iskander melangkah setapak ke hadapan apabila berjaya menempatkan dirinya dalam senarai 20 Individu Paling Kelakar Di Dunia menerusi program realiti Funniest Person In The World.

Funniest Person In The World merupakan sebuah pertandingan 'stand up comedy' yang berlangsung secara atas talian (online).

Dengan keputusan terbaharu itu, Harith melayakkan diri ke peringkat separuh akhir yang bakal diadakan di Helsinki, Finland pada 5 Disember depan.

"Pada peringkat awal terdapat 56 negara yagn mengambil bahagian termasuk Australia, Jerman, Indonesia, Jepun, Brazil, Pakistan, Croatia, Filipina, Arab Saudi, Ireland dan Argentina.

"Setiap negara dibenarkan menghantar dua wakil iaitu saya dan seorang lagi peserta, Dr. Jason Leong. Namun, hanya seorang wakil sahaja yang dibenarkan mara ke pusingan seterusnya berdasarkan undian terkumpul di laman sesawang perlawanan itu, "kata Harith dipetik sebuah akhbar harian.

Pemenang Funniest Person In The Worldyang dinilai berdasarkan undian paling tinggi akan membawa pulang wang tunai US $ 100,000 (RM400,000) selain berpeluang mengadakan persembahan jelajah di Amerika Syarikat secara berbayar.

Pertandingan ini dianjurkan Laugh Factory, syarikat yang beribu pejabat di negara Uncle Sam. - MYNEWSHUB.CC

No comments

Powered by Blogger.