Filem Uncharted Akan Diarahkan Pengarah Film Real Steel


Siri Uncharted berakhir dengan Uncharted 4: A Thief 's End yang muncul Mei yang lalu. Pihak Naughty Dog tidak mempunyai sebarang perancangan untuk menghasilkan lebih banyak permainan yang memaparkan pengembaraan Nathan Drake buat masa ini.

Tetapi filem Uncharted kini semakin hampir menjadi realiti. Terkini Shawn Levy, pengarah filem Real Steel dilaporkan akan mengarahkan filem yang telah diumumkan oleh Sony sejak 2009.

Skrip akan dihasilkan oleh Joe Carnahan yang sebelum ini menulis untuk The Grey, The A Team dan siri The Blacklist. Shawn Levy sebelum ini turut pernah mengarah filem The Internship, Night At The Museum dan Date Night. Tiada pelakon dipilih setakat ini untuk memainkan watak utama siri Uncharted.

Filem akan diterbitkan di bawah studio Sony dan proses pembikinan sedang dipercepatkan tetapi tarikh tayangan masih belum diumumkan.

Adakah anda mahukan sebuah adaptasi filem dari permainan video. Setakat ini hampir kesemua adaptasi permainan video ke filem adalah sampah. Kami hanya berharap filem Assassin 's Creed hujung tahun ini tidak akan mengecewakan. Sekiranya berlaku kami mahu menikam hidden blade ke tengkuk Ubisoft.

SUMBER: DEADLINE

No comments

Powered by Blogger.