Simpton, Komplikasi dan Cara Mengatasi Jangkitan Rotavirus



Apa itu jangkitan Rotavirus?

Rotavirus biasanya berpunca daripada gejala cirit birit dan muntah yang amat teruk di kalangan bayi dan kanak-kanak. Virus ini menular di mana sahaja tanpa mengira tempat manakala bayi adalah sasaran utama Rotavirus ini, malah setiap hari kematian yang disebabkan oleh penyakit ini dilaporkan di seluruh dunia

Apa Itu Rotavirus?

Rotavirus adalah sejenis virus yang mudah dijangkiti melalui sentuhan biasa dan boleh kekal beberapa jam di atas kulit manusia serta mampu bertahan dalam jangka masa yang lama di atas permukaan yang keras malah virus ini boleh kekal hidup dalam jangka masa yang agak lama di dalam najis individu yang telah dijangkiti. Ia juga adalah sejenis virus yang menyebabkan gangguan di bahagian sistem penghadaman manusia.

Simptom Dan Tanda Jangkitan Rotavirus

Cirit birit berlarutan
Muntah berterusan
Sakit perut
Demam dan selsema
Bau najis terlalu busuk
Komplikasi Rotavirus

Komplikasi Rotavirus

Dehidrasi atau kekurangan air yang mencukupi di dalam badan adalah salah satu punca utama yang menyebabkan pesakit mengalami cirit birit dan muntah berlarutan. Sekiranya pesakit mengalami Dehidrasi yang terlalu teruk, keadaan ini akan menyebabkan gangguan di bahagian sistem penghadaman atau usus pesakit, masalah pernafasan, kardiak, jangkitan pada otak dan kegagalan fungsi buah pinggang yang boleh membawa maut.

Cara Mengatasi Rotavirus Dan Cirit Birit

Memberi bayi dengan susu ibu untuk mengelakkan Dehidrasi

Memberi ubat atau cecair yang boleh mengubati cirit birit
Amalkan asas kebersihan seperti membasuh tangan dengan cara yang betul
Temui doktor jika tanda Dehidrasi berlaku seperti mulut kering dan najis berdarah

Sumber: Vaksin Untuk Rotavirus

No comments

Powered by Blogger.