Permainan Percuma Untuk Bulan Oktober 2016 Untuk Pemegang Akaun PlayStation Plus Diumumkan


Bulan Oktober dan November ialah bulan menarik bagi peminat permainan video. Permainan yang terbaik akan dilancarkan pada masa ini dan secara peribadi ia adalah bulan yang mengakibatkan kami sendiri terasa malas ini pergi ke pejabat. Setelah berbulan berhibernasi kerana tiada permainan blockbuster, "Broketober" akhirnya kembali.

Kepada pemilik akaun PlayStation Plus yang mungkin tidak mempunyai wang berlebihan jangan risau. PlayStation baru sahaja mengumkan senarai permainan percuma yang boleh dimuat turun oleh anda. Resident Evil 1 Remastered, Lords of The Fallen dan Samurai Warriors 4 ialah antara pilihan menarik bulan ini. Muat turun boleh dilakukan bermula 6 Oktober ini. Selamat muat turun! Senarai permainan percuma yang boleh dimuat turun adalah seperti berikut.

Resident Evil Remastered (PS4)
Lords of The Fallen (PS4) 
Tom Clancy 's End War (PS3) 
Mad Riders (PS3) 
Prince of Parsi Revelations (Vita) 
Samurai Warriors 4 (Vita)

Senarai tema percuma.

Resident Evil Umbrella Corps PlayStation Plus Theme
ALIENATION PlayStation Plus Theme
PlayStation Plus TORO World Clock Theme

SUMBER RUJUKAN: PLAYSTATION ASIA

No comments

Powered by Blogger.