Inilah Kenikmatan Yang Diperoleh Penghuni Syurga ‘Adn


Syurga merupakan destinasi utama bagi umat manusia setelah hari kiamat kelak. Banyak orang yang berlumba-lumba untuk menjadi penghuni syurga, sebab di sinilah Allah menjanjikan kenimatan pagi para penghuninya yang tidak mereka dapat selama berada di dunia.

Tentu saja syurga menjadi hadiah yang dijanjikan bagi hamba Allah yang beriman dan sentiasa taat kepada-Nya. Ada beberapa nama syurga yang disediakan Allah untuk kehidupan setelah di dunia kelak. Salah satunya bernama syurga 'Adn.

Syurga 'Adn ini diciptakan dari intan putih dan hanya dihuni oleh orang-orang pilihan saja. Ternyata penghuni dari syurga ini kelak akan dilimpahi berbagai macam kenikmatan oleh Allah SWT. Lantas kenikmatan apa saja yang akan diperolehi penghuninya? Berikut info lebih lanjut:

1. Janji Allah SWT Kepada Orang Mukmin Lelaki dan Perempuan

Kenikmatan pertama yang akan diperoleh para penghuni syurga 'Adn adalah bahawa Allah SWT telah menjanjikan syurga tersebut bagi lelaki dan perempuan mukmin. Hal ini terdapat dalam firman-Nya, Allah Ta'ala berfirman:

"Allah menjanjikan kepada orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, (akan mendapat) syurga yang dibawahnya mengalir sungai-sungai, kekal mereka di dalamnya, dan (mendapat) tempat-tempat yang bagus di syurga 'Adn. Dan keredhaan Allah adalah lebih besar; itu adalah kemenangan yang besar. (Q.S. At-Taubah: 72)

2. Balasan Bagi Hamba Allah SWT yang Benar-Benar Taat Kepada-Nya

Tidak hanya dijanjikan bagi lelaki dan perempuan mukmin, ternyata Allah memberikan kenikmatan bagi para penghuni syurga 'Adn bahawa syurga tersebut merupakan balasan bagi hamba Allah SWT yang benar-benar taat kepada-Nya. Di dalam syurga ini berkumpullah orang-orang soleh. Allah Ta'ala berfirman:

"(Iaitu) syurga 'Adn yang mereka masuk ke dalamnya bersama-sama dengan orang-orang yang soleh dari bapak-bapaknya, isteri-isterinya dan anak cucunya, sedang malaikat-malaikat masuk ke tempat-tempat mereka dari semua pintu; (Q.S. Ar-Rad: 23)

3. Balasan Bagi Orang yang Bertakwa

Kenikmatan syurga 'Adn selanjutnya ternyata syurga indah tersebut adalah balasan yang diberikan oleh Allah SWT bagi hamba-Nya yang bertakwa. Di syurga ini mengalir sungai-sungai, serta setiap penghuninya diberi keluasan untuk mendapatkan apa yang mereka inginkan. Allah Ta'ala berfirman:

"(Iaitu) syurga 'Adn yang mereka masuk ke dalamnya, mengalir di bawahnya sungai-sungai, di dalam surga itu mereka mendapat segala apa yang mereka kehendaki. Demikianlah Allah memberi balasan kepada orang-orang yang bertakwa "(Q.S. An-Nahl: 31)

4. Kenikmatan Berada di Syurga 'Adn

Ketika manusia terpilih menjadi salah satu penghuni syurga 'Adn, maka di saat itulah beraneka kenikmatan akan diperolehi. Mereka tidak hanya akan memperoleh apa-apa yang diingini, akan tetapi Allah SWT memberi ganjaran kepada mereka dengan berbagai macam perhiasaan dan kemewahan yang tidak ada bandingannya di muka bumi ini. Allah Ta'ala berfirman:

"Mereka itulah (orang-orang yang) bagi mereka syurga 'Adn, mengalir sungai-sungai di bawahnya; dalam surga itu mereka dihiasi dengan gelang mas dan mereka memakai pakaian hijau dari sutera halus dan sutera tebal, sedang mereka duduk sambil bersandar di atas dipan-dipan yang indah. Itulah pahala yang sebaik-baiknya, dan tempat istirahat yang indah "(Q.S. Al-Kahfi: 31)

5. Syurga 'Adn itu Memang Janji Allah SWT

Kenikmatan selanjutnya adalah bahawa syurga 'Adn ini sudah memang merupakan janji dari Allah SWT. Maka dari itu, percayalah bahawa Allah adalah zat yang sentiasa menepati janji. Seperti halnya firman Allah yang bermaksud:

"Iaitu syurga 'Adn yang telah dijanjikan oleh Tuhan Yang Maha Pemurah kepada hamba-hamba-Nya, sekalipun (syurga itu) tidak nampak. Sesungguhnya janji Allah itu pasti akan ditepati. (Q.S. Maryam: 61)

6. Balasan Bagi Orang-Orang yang Bersih Dari Kesesatan dan Kemaksiatan

Ternyata syurga 'Adn merupakan kenikmatan bagi mereka yang bersih dari kesesatan dan kemaksiatan selama hidup di dunia. Bahkan dikatakan dalam sebuah ayat bahawa penghuni syurga ini akan berada kekal di dalamnya. Allah Ta'ala berfirman:

"(Iaitu) syurga 'Adn yang mengalir sungai-sungai di bawahnya, mereka kekal di dalamnya. Dan itu adalah balasan bagi orang yang bersih (dari kekafiran dan kemaksiatan) "(Q.S. Taha: 76)

7. Barang Kemas dan Pakaian di Syurga 'Adn

Para penghuni syurga 'Adn kelak akan mendapatkan kenikmatan yang luar biasa. Dia antaranya mereka akan mendapatkan keselesaan, keindahan, kekekalan. Bahkan penghuninya kelak akan berikan oleh Allah SWT segala macam perhiasan yang tentu saja mempunyai nilai kemewahan tiada tara. Allah Ta'ala berfirman:

"(Bagi mereka) syurga 'Adn mereka masuk ke dalamnya, di dalamnya mereka diberi perhiasan dengan gelang-gelang dari emas, dan dengan mutiara, dan pakaian mereka di dalamnya adalah sutera" (Q.S. Faathir: 33)

8. Keberuntungan yang Besar

Tidak hanya akan diberikan bermacam perhiasan yang indah, ternyata menjadi penghuni syurga 'Adn merupakan kemenangan yang besar bagi umat manusia. Allah Ta'ala berfirman:

Nescaya Allah akan mengampuni dosa-dosamu dan memasukkanmu ke dalam jannah yang mengalir di bawahnya sungai-sungai; dan (memasukkan kamu) ke tempat tinggal yang baik di dalam jannah 'Adn. Itulah keberuntungan yang besar. (Q.S. As-Saff: 12)

9. Balasan Bagi Orang yang Takut Kepada Allah SWT

Kenikmatan syurga 'Adn ternyata juga diperuntukkan bagi hamba Allah yang takut kepada-Nya. Tentu saja hal ini setimpal dengan apa yang sudah diperlakukan manusia tersebut selama hidup di dunia. Allah SWT berfirman yang bermaksud:

"Balasan mereka di sisi Tuhan mereka ialah syurga 'Adn yang mengalir di bawahnya sungai-sungai; mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Allah redha terhadap mereka dan merekapun redha kepadaNya. Yang demikian itu adalah (balasan) bagi orang yang takut kepada Tuhannya "(Q.S. Al-Bayyinah: 8)

10. Tempat Kembali yang Baik

Kenikmatan terkini dari syurga 'Adn adalah ternyata Syurga ini merupakan tempat kembali yang baik. Selain keindahan dan kemewahan, para penghuni syurga ini juga akan disajikan pelbagai macam buah-buahan dan minuman serta bidadari yang cantik jelita.

"(Iaitu) syurga 'Adn yang pintu-pintunya terbuka bagi mereka, di dalamnya mereka bertelekan (diatas dipan-dipan) sambil meminta buah-buahan yang banyak dan minuman di syurga itu. Dan pada sisi mereka (ada bidadari-bidadari) yang tidak liar pandangannya dan sebaya umurnya. Inilah apa yang dijanjikan kepadamu pada hari berhisab "(Q.S. Shaad: 50-53)

Demikianlah maklumat mengenai kenikmatan yang akan diperoleh para penghuni syurga 'Adn. Tentu saja semua orang akan berlumba-lumba mengerjakan amalan kebaikan demi mendapatkan kenikmatan dari Syurga ini. Maka dari itu persiapkanlah bekal untuk menjadi hamba pilihan Allah yang akan menjadi salah satu penghuni syurga 'Adn tersebut.

No comments

Powered by Blogger.