Facebook Dikatakan Bakal Melancarkan Facebook Work Untuk Semua

                 Facebook Work

Facebook pada tahun lepas telah memperkenalkan penawaran perkhidmatan laman sosial mereka untuk pengguna perusahaan, dinamakan sebagai Facebook at Work. Ia sehingga kini masih ditawarkan dalam bentuk ujian tertutup sahaja, dan kini dikatakan akan dilancarkan untuk semua menjelang bulan Oktober kelak.

Facebook at Work dilihat ingin memudahkan komunikasi pekerja dalam sesuatu perusahaan dengan mudah, menggantikan pelbagai medium komunikasi tradisional. Ia turut hadir dengan sokongan kolaborasi  dan boleh dikatakan sebagai pesaing untuk Slack daripada Facebook.

Platform ini juga turut mengasingkan akaun peribadi pengguna Facebook, menjadikan pengguna tidak terganggu dan tidak mengintegrasikan pelbagai hal peribadi dengan hal kerja.

Buat masa ini, harga langganan untuk Facebook at Work masih tidak diketahui lagi dan mungkin akan diumumkan ketika pelancaran rasminya kelak.

Sumber: TECHCRUNCH

No comments

Powered by Blogger.