5 Senarai Laman Website Pencarian Kerja Yang Popular Di Malaysia

               

Sedang mencari kerja kosong yang bersesuaian dengan profesion anda?

Mungkin anda baru sahaja konvokesyen dan ingin mencari pekerjaan yang sesuai?

Atau anda ingin lari bidang lain daripada apa yang anda lakukan sekarang?

Atau anda ingin mencari pekerjaan yang memberi gaji bulanan yang lebih daripada sekarang?

Atau bermacam-macam lagi sebab-sebab lain yang mungkin anda seorang sahaja tahu.

Apapun, mencari kerja kosong kini lebih mudah dengan portal-portal atau website terkemuka yang memudahkan urusan anda untuk mecari pekerjaan idaman anda.

Pada entri kali ini, saya ingin berkongsi dengan anda 5 website untuk memudahkan pencari pekerja di Malaysia "job seeker Malaysia".

1-Jobstreet

Nama yang tidak asing lagi dalam dunia mencari kerja alam maya, mempunyai rangkaian yang luas dan pilihan pekerjaan yang sangat besar. Syarikat daripada dalam dan luar negara bertumpu di sini, jadi antara laman web yang perlu untuk mereka yang serious dalam mencari kerja di alam maya ini.

2-JobsDB

                 

Tidak kurang hebatnya, mempunyai syarikat dalam dan luar negara bertumpu di sini dan memudahkan para pencari kerja sekalian. Apapun, JobsDB antara pilihan yang baik untuk para pencari kerja sekalian jika merasakan anda tidak mendapat sebarang respon daripada Jobstreet, kenapa tidak mahu mencuba JobsDB?


3- Jobsmalaysia

                  

Laman web ini lebih banyak mengiklankan syarikat yang berkaitan dengan kerajaan atau kerja-kerja kerajaan sendiri.

Adakalanya, bakal penjawat awam seperti guru perlu memohon di Jobsmalaysia sebagai syarat kemasukan, juga jawatan-jawatan kerajaan yang lain. Jika anda berhajat untuk bekerja di sektor kerajaan, Jobsmalaysia adalah antara tempat wajib yang anda perlu isi.

4-Starjob

                    


"Macam pernah lihat, tapi di mana ya?"

Bukan anda, saya juga begitu,  jika anda pernah membaca The Star, Starjobs ini merupakan salah satu platform online untuk akhbar harian The Star.

Masih tidak sepopular Jobstreet tetapi masih banyak ruang pekerjaan yang ditawarkan. Sekali lagi, silakan mencuba di starjobs, mungkin ada syarikat yang menunggu anda di sana.

5- SPA Malaysia

Laman web kerajaan yang lebih fokus kepada pencari pekerjaan dalam sektor Perkhidmatan Awam.

Web ini khusus untuk mereka yang ingin mencari pekerjaan di sektor kerajaan. Pencari kerja "job seekers" perlu ingat, anda perlu mengemaskini permohonan paling kurang sebulan sekali untuk laman web ini untuk mendapat panggilan interview yang lebih cerah.

Selamat mencuba! Dimana ada kemahuan disitu ada jalan...

No comments

Powered by Blogger.