Sinopsis Drama Hajah Heathrow Kembali (TV3)

                                             Hajah Heathrow Kembali

Drama bersiri Hajah Heathrow Kembali bakal muncul di TV3 menggantikan drama Budak Magik yang akan menamatkan tayangaannya tidak lama lagi. Drama ini merupakan kesinambungan daripada telefilem yang pernah disiarkan di TV9. Dibarisi pelakon seperti Ogy Ahmad Daud, Fadhil Dhani, Hafidz Roshdi, Nazeera Sardi dan ramai lagi. Drama arahan sutradara Along Kamaludin. Akan bersiaran mulai 30 Ogos 2016, setiap Isnin hingga Rabu pada jam 10 malam di TV3.

JUDUL : HAJAH HEATHROW KEMBALI
EPISOD : 13 episod
TARIKH TAYANGAN : 30 Ogos 2016
HARI / MASA : Isnin-Rabu, 10.00 malam
SIARAN : TV3
PENGARAH : Along Kamaludin
TERBITAN : Wira Nusa Sdn Bhd
PELAKON : Ogy Ahmad Daud, Fadhil Dhani, Hafidz Roshdi, Nazeera Sardi, Erwin Dawson, Octovia Manrose,

WATAK PELAKON
Ogy Ahmad Daud sebagai Juriah
Fadhil Dhani sebagai Pak Ramlan
Hafidz Roshdi sebagai Razali
Nazeera Sardi sebagai Yasmin

SINOPSIS HAJAH HEATHROW KEMBALI
Sebaik sahaja pulang dari Haji dan Heathrow, Juriah ingin mengembangkan perniagaan gerainya kepada sebuah warung. Ahli keluarganya terkejut dengan ideanya itu. Lebih-lebih lagi Juriah mahu hidangkan spaghetti dalam menu warung itu.

GAMBAR PELAKON
                              

Sumber: myinfotaip.com

No comments

Powered by Blogger.