Ekoran Kakak Parah Ditetak Dengan Parang, Adira AF Dedah Kisah Sebenar Yang Berlaku

                               post-feature-image

Penyanyi, Adira Suhaimi kesal dengan tindakan individu yang memecah masuk rumah hingga mengakibatkan kecederaan parah kepada kakaknya, Emma.

Adira atau nama penuhnya Siti Adira Suhaimi ,25, memaklumkan dirinya bergegas pulang ke kampung halamannya di Sabah apabila diberitahu mengenai insiden yang menimpa kakaknya itu.
"Saya seperti merangkak ke lapangan terbang kerana terlalu terkejut apabila dimaklumkan kakak berada di hospital. Hanya Allah saja yang tahu bagaimana perasaan saya ketika itu.

"Emma sudah stabil namun masih trauma dengan insiden yang menimpanya hingga menyebabkan dia menerima enam jahitan di kepala dan telinganya juga hampir putus.


                             Ekoran Kakak Parah Ditetak Dengan Parang, Adira AF Kongsi KISAH SEBENAR Yang Berlaku!

"Wajahnya juga bengkak akibat dibelasah bertubi-tubi. Ia dianggap sebagai cubaan membunuh dan saya bersyukur individu yang bertanggungjawab sudah ditangkap polis.
"Emma sudah melakukan proses pengecaman lelaki yang menyerangnya. Ketika ini, kami hanya menunggu proses perbicaraan di mahkamah saja," kata Adira.
 Emma yang juga bekas peserta Akademi Fantasia musim kelapan dan deejay sebuah stesen radio tempatan di Sabah cedera di bahagian belakang kepala, telinga, hidung dan pipi.

Rakan serumahnya pula dilaporkan cedera di tangan dan bahagian mata. Kejadian berlaku sekitar jam 12.30 tengah malam ketika adiknya bersama rakan serumah nyenyak tidur.

No comments

Powered by Blogger.