Tanda-Tanda Awal Ketumbuhan Fibroid

                              Tanda-Tanda Awal Ketumbuhan Fibroid


Fibroid merupakan sejenis ketumbuhan yang bukan dalam kategori kanser namun ia juga membawa masalah kesihatan kepada wanita. Fibroid adalah ketumbuhan pada dinding rahim terutama pada lapisan otot.

Ketumbuhan fibroid berpunca daripada gangguan haid yang tidak teratur. Ramai wanita yang mempunyai ketumbuhan Fibroid tanpa disedari kerana kadangkala ketumbuhan Fibroid ini tidak langsung memberi sebarang petanda. Golongan yang berisko tinggi terkena Fibroid adalah wanita yang belum berkahwin dan mereka yang telah melahirkan anak.

Tanda-Tanda Awal Ketumbuhan Fibroid:

-Gangguan haid
-Keputihan
-Kemandulan
-Masalah kesuburan
-Kesakitan ketika melakukan hubungan seks
-Sering terasa kurang selesa di bahagian perut
-Kentut vagina
-Kegatalan dan bau kurang enak pada vagina
-Kerap terasa ingin membuang air kecil terutamanya ketika batuk
-Mudah terasa letih dan lesu
-Sakit pada bahagian tumit kaki dan lutut
-Tangan dan kaki kerap terasa sejuk
-Rasa kejang dibahagian betis
-Sering keguguran
-Mengalami sakit senggugut yang agak teruk
-Rawatan Ketumbuhan Fibroid

Tiada rawatan menggunakan ubatan bagi mengecutkan ketumbuhan fibroid buat masa sekarang. Kebanyakan pesakit terpaksa melakukan pembedahan bagi membuang ketumbuhan fibroid. Seperti batu karang, fibroid tetap juga boleh tumbuh semula selepas beberapa bulan atau tahun.

Di bawah ini, penulis kongsikan beberapa jenis makanan yang harus dikurangkan seperti:

-Daging merah (kambing dan lembu)
-Ayam
-Produk tenusu
-Bahan perisa
-Makanan manis
-Minuman berkarbonat
-Makanan segera
-Makanan ringan
-Makanan berlemak dan berminyak

Di bawah ini, penulis kongsikan beberapa jenis makanan yang digalakkan pengambilan secara banyak seperti :

-Ikan laut
-Sayuran hijau
-Kekacang
-Ubi Kayu
-Buah-buahan
-Teh hijau

No comments

Powered by Blogger.