LEGOLAND Malaysia Dinobat ‘Top 20 Taman Hiburan Terbaik di Asia’ Oleh TripAdvisor.

                prints038_1800x900

LEGOLAND Malaysia dinobat ‘Top 20 Taman Hiburan Terbaik di Asia’ oleh laman pelancongan popular, TripAdvisor
.
Menurut satu kenyataan TripAdvisor, Legoland yang terletak di Johor Bahru menduduki tangga ke-12.

Sementara itu, gelaran taman hiburan terbaik di Asia dimiliki oleh Universal Studios Singapore (USS).

Dengan kemenangan itu, USS menewaskan pesaing-pesaing popular dari rantau lain seperti Hong Kong Disneyland (tempat kedua), Universal Studios Japan (kelima), dan Tokyo Disneyland (keenam).

“Kami berbesar hati Universal Studios Singapore dinobatkan taman hiburan terbaik Asia untuk tahun ketiga berturut-turut,” kata Encik Jason Horkin, Naib Presiden Kanan Daya Tarikan di Resorts World Sentosa.

Manakala, Islands of Adventure di Orlando oleh Universal dinobatkan gelaran taman hiburan terbaik di dunia buat tahun kedua berturut-turut.

Sementara itu, Sunway Lagoon Theme Park di Malaysia pula berjaya mendapat tempat kelima taman hiburan terbaik di Asia.

                 1354684094-SUNWAY LAGOON THEME PARK

Pun begitu, Waterbom Bali di Indonesia, Black Mountain Water Park di Thailand dan Caribbean Bay di Korea Selatan masing-masing menduduki tiga tempat teratas untuk kategori taman air terbaik.
Pemenang dilaporkan dinilai berdasarkan jumlah mutu ulasan dan rating yang diberikan oleh pelancong yang pernah melawat taman-taman hiburan dan taman air di seluruh dunia menerusi laman TripAdvisor, sepanjang tempoh 12 bulan.

Berikut adalah senarai 20 taman hiburan terbaik di Asia:

1-Universal Studios Singapore
2- Hong Kong Disneyland
3-Ocean Park (Hong Kong)
4-Tokyo DisneySea
5-Universal Studios Japan
6-Tokyo Disneyland
7-Vinpearl Amusement Park (Vietnam)
8-Wonderla Amusement Park (Bangalore, India)
9-Ramoji Film City (Hyderabad, India)
10-Imagica (Mumbai, India)
11-Everland (South Korea)
12-Legoland Malaysia
13-Harbin Ice and Snow World
14-Fuji-Q Highland (Japan)
15-Amusement Park (Kochi, India)
16-Rusutsu Resort (Japan)
17-Seoul Children’s Grand Park
18-Hangzhou Songcheng
19-EsselWorld (Mumbai, India)
20-Lotte World (South Korea)


No comments

Powered by Blogger.