Google Mula Memperlihatkan Lirik Lagu Terus Pada Hasil Carian

                                Google Lirik Lagu

Google hari ini telah menandatangani perlesenan penggunaan lirik pada hasil carian – sekaligus membolehkan Google memaparkan terus lirik sesuatu lagu secara terus pada hasil carian dan tidak memerlukan lagi para pengguna untuk membuka sebarang halaman web lain.

Fungsi baru ini telah mula ditawarkan di Amerika Syarikat bermula hari ini. Memandangkan Google melesenkan hak untuk memaparkan lirik lagu ini untuk pasaran antarabangsa, kita mungkin akan dapat melihat implementasinya dilakukan secara berperingkat tidak lama lagi.

Google sendiri sebelum ini melalui Knowledge Graph telah mula memaparkan pelbagai kandungan secara terus pada halaman hasil carian, dan menjimatkan masa untuk pengguna daripada perlu membuka sebarang halaman web lain.

Pengenalan fungsi baru daripada Google ini semestinya memberikan impak besar kepada laman-laman lain yang dikhususkan untuk memaparkan lirik lagu sahaja. Untuk Google pula, mereka kini boleh memudahkan lagi pengguna dalam pencarian lirik yang tepat – disamping pada masa yang sama turut memautkan pemasaran Google Play Music melalui paparan lirik ini.

SUMBER RUJUKAN: ENGADGET

No comments

Powered by Blogger.