Gambar Shima Anuar, Pelakon 'Sha & Shah' Yang Terlajak Cantik Bikin Lelaki Cair Habis

                    post-feature-image

Siapa tidak kenal dengan pelakon yang sedang meningkat naik ini, Shima Anuar yang kini sedang belakon dalam drama 'Sha Dan Shah' yang bersiaran di Astro. Beliau yang memegang watak sebagai Atilia menampilkan imej seorang wanita yang seksi.

Nama sebenar beliau ialah Noor Hashimah Anuar yang berasal dari Rawang, Selangor. Merupakan anak yang ke empat dari enam adik beradik ini pernah muncul dalam drama dan filem. Beliau mempunyai Diploma Seni Lakon Teater dari Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Antara drama yang pernah dilakonkan oleh beliau ialah Klik, Diari Platun, Ruby. Manakala filem yang pernah dilakonkan seperti 7 Petala Cinta, Sumpahan Kum Kum, Bini-biniku Gangster, Flat 3A, Hanya Aku Cinta Kau Seorang, 2 Kalimah, 99 Kali Rindu, Adnan Sempit 3, Cerita Kita, Glorifying Love.

                    

                    

                    


Bukan itu sahaja, beliau juga pernah dicalonkan dalam Top 5 Pelakon Harapan Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia ke 25. (FFM25) Wah memang tak disangkalkan lagi dia memang seorang pelakon yang berbakat. Malah lakonan beliau dalam drama 'Sha Dan Shah' juga memang mantap.

No comments

Powered by Blogger.