Harambe Ditembak Mati di Zoo Cincinnati


GORILLA jantan, Harambe terpaksa ditembak mati selepas seorang kanak-kanak terjatuh dalam kandang haiwan itu di Zoo Cincinnati. - Sumber Zoo Cincinnati

CINCINNATI - Pasukan tindakan khas zoo menembak mati gorila berusia 17 tahun yang mengheret kanak-kanak lelaki tiga tahun yang terjatuh ke dalam sangkar, kata pengarah Zoo Cincinnati.

Pihak berkuasa Amerika Syarikat berkata, kanak-kanak berkenaan yang jatuh pada ketinggian tiga hingga 3.6 meter, dijangka pulih selepas dikeluarkan dari parit dan diheret gorila itu selama 10 minit.

Mangsa akan dibawa ke Pusat Perubatan Hospital Kanak-Kanak Cincinnati.

Pengarah zoo, Thane Maynard, berkata pasukan tindakan khas haiwan bahaya yang sudah menjalani latihan berhadapan kejadian seperti itu memutuskan nyawa kanak-kanak itu dalam bahaya.

Mereka akhirnya terpaksa membunuh gorila jantan seberat 181 kilogram yang dinamakan Harambe itu.

"Mereka membuat keputusan sukar tetapi tepat kerana menyelamatkan nyawa kanak-kanak berkenaan.

"Keadaan beliau mungkin bertambah teruk," kata Maynard yang belum lagi bercakap dengan ibu bapa kanak-kanak itu.

Katanya, gorila itu tidak kelihatan menyerang budak berkenaan tetapi ia adalah 'haiwan amat gagah' dalam keadaan gelisah.

Beliau berkata, menembak ubat pelali tidak akan berkesan serta-merta dan menyebabkan kanak-kanak itu dalam bahaya.

Ia adakah kali pertama pasukan itu terpaksa membunuh haiwan dalam zoo berkenaan dalam keadaan kecemasan dan menyifatkan ia adalah hari menyedihkan. - AP / BH ONLINE

No comments

Powered by Blogger.