10 Filem Malaysia Dengan Kutipan Paling Tinggi Sepanjang Masa

Kini, industri perfileman Malaysia semakin mendapat perhatian dan diterima ramai sejurus kejayaan Filem Polis Evo pada tahun 2015, di mana berjaya mendapat kutipan tertinggi tahun 2015 sebanyak RM17.47 juta sehingga diangkat filem paling laris di Malaysia.

Namun masuk sahaja tahun 2016, filem-filem tempatan dikatakan lebih berjaya dan laris dari tahun sebelumnya, di mana filem Munafik genre seram daripada pengarah Syamsul Yusof mendapat kutipan paling tertinggi dalam filem Malaysia sepanjang zaman. Dengan kutipan sebanyak RM19 juta, sekaligus filem ini dinobat sebagai filem no 1 di Malaysia.

Setakat ini, hanya terdapat 7 buah filem yang dapat kutipan melebihi RM10 juta iaitu KL Gangster, Ombak Rindu, The Journey, Polis EVO, Ola Bola, Munafik dan terbaru Boboiboy: The Movie.

Berikut 10 filem Malaysia dengan kutipan tertinggi sepanjang masa:-

1. Munafik (2016) - RM19 juta
2. Boboiboy: The movie (2016) - RM17.48 juta
3. Polis EVO (2015) - RM17.47 juta
4. The Journey (2014) - RM17.17 juta
5. Ola Bola (2016) - RM15.85 juta
6. KL Gangster (2011) - RM11.74 juta
7. Ombak Rindu (2011) - RM10.90 juta
8. Hantu Bonceng (2011) - RM8.53 juta
9. Ngangkung (2010) - RM8.18 juta
10. Kongsi (2011) - RM8.09 juta

No comments

Powered by Blogger.