Sinopsis Drama Terbaru Pujaan Hati Umi Slot Azalea

Drama terbaru untuk slot Azalea bertajuk Pujaan Hati Umi akan menemui penonton tidak lama lagi. Membariskan pelakon veteran dan baru seperti Wan Maimunah, Wan Nor Azlin, Talha Harith, Faye Kusairi, Zain Hamid dan Syaffiq Sahli. Kisah tentang keharmonian keluarga yang retak kerana kehadiran ahli keluarga baru. Drama bersiri 20 episod itu diarahkan oleh M Nazir Juhaini terbitan SRS Production. Nantikan tayangannya bermula 14 April 2016, pada setiap hari Selasa hingga Ahad jam 8.30 malam di TV9.

JUDUL: PUJAAN HATI UMI

EPISOD: 20 episod
TARIKH TAYANGAN: 14 April 2016
HARI / MASA: Selasa-Ahad, 8.30 malam
SIARAN: Slot Azalea TV9
SKRIP: Haida Mazni Binti Mohammad
PENGARAH: M. Nazir Juhaini (Jet Li)
TERBITAN: SRS Productions Sdn Bhd
PELAKON: Wan Maimunah, Talha Harith, Faye Kusairi, Wan Nor Azlin, Zain Hamid, Syaffiq Sahli, Sasqia Dahuri, Amanda Misbun, Nina, Haeryanto Hasan, Darren Zariff, Syasya Afiqah, Kuza Muzaini

WATAK PELAKON

Wan Maimunah sebagai Ramlah / Umi
Faye Kusairi sebagai Rita
Talha Harith sebagai Reza
Syaffiq Sahli sebagai Razzi
Wan Nor Azlin sebagai Razziah
Zain Hamid sebagai Razman
Sasqia Dahuri sebagai Safiya
Amanda Misbun sebagai Fadila
Haeryanto Hasan sebagai Osman
Nina sebagai Emalin
Darren Zariff sebagai Emir
Syasya Afiqah sebagai Ezra

LAGU TEMA / OST PUJAAN HATI UMI
Lagu: Kau Biarkan
Penyanyi: Faye Khusairi
Video & Lirik: Link

SINOPSIS PUJAAN HATI UMI

Mengisahkan Umi (Wan Maimunah) seorang ibu tunggal yang cekal membesarkan anak-anaknya Razziah (Wan Nor Azlin), Razman (Zain Hamid), Razzi (Syafiq Sahli), dan Reza (Talha Harith). Pada usia 60 tahun, Umi telah mencapai kemanisan hidup bersama keluarganya, malah disegani masyarakat kampung. Umi juga menerima anugerah Ikon Wanita Warga Emas. Bagi Umi hidupnya penuh dengan kehadiran menantunya Osman (Haeryanto Hasan) iaitu suami Raziah dan Safiya (Sasqiah Dahuri) isteri Razzi dan dua orang cucunya Emir (Darren Zariff) dan Ezra (Syasya Afiqah).

Namun siapa menyangka panas yang diharap hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Keluarga Umi diduga lagi. Osman meninggal dunia ditimpa kemalangan membuatkan Razziah kini terpaksa memulakan hidup baharu dan tinggal bersama Umi. Dalam masa yang sama Razman tiada bersama keluarga mereka untuk berkongsi kedukaan. Razman sebelum ini mengambil keputusan meninggalkan keluarga kerana malu kepada Umi apabila dia terpaksa meninggalkan majlis perkahwinannya di saat akhir.

Umi cuba menyorokkan kesedihan dan berharap emosi keluarganya pulih. Anak bongsu kesayangannya, Reza menyampaikan berita bahawa dia ingin berkahwin dengan Rita (Faye Kusairi). Umi mengalu-alukan berita baik itu dan berharap Rita bakal menjadi sinar baharu kepada keluarganya. Namun bagaikan membela seekor ular, Rita mempunyai agendanya tersendiri.

No comments

Powered by Blogger.