Cara Memandu Auto Dan Manual Yang Anda Perlu Tahu

TAHUKAH anda ada perbezaan antara cara memandu samada auto atau manual? Ramai orang yang tahu memandu secara auto, tetapi secara manual jarang sekali mengambil tahu dan mencubanya.

Cara Memandu Auto Dan Manual Yang Anda Perlu Tahu

Memandu kereta automatik amat berbeza dengan memandu kereta manual dari segi penggunaan butang gear, fungsi kaki kiri dan kaki kanan yang mana bagi kereta manual, kaki kiri berperanaan untuk menekan pedal klac untuk mengerakkan gear tetapi sebaliknya kaki kiri tidak berfungsi apa-apa apabila anda menggunakan gear transmisi auto. Kereta auto mempunyai banyak jenis bergantung kepada jenis kenderaan itu sendiri, walau begitu prinsipnya tetap sama iaitu menggunakan transmisi gear auto.

Pengenalan Fungsi Gear Kereta Auto

Sebelum kita belajar bagaimana mengawal gear auto pada kenderaan anda, terlebih dahulu pentingnya mempelajari fungsi-fungsi gear auto kereta anda untuk pemahaman yang lebih jelas.

Fungsi-fungsi gear auto:

D (Drive). Berfungsi untuk bergerak / memulakan perjalanan
P (Parking). Digunakan semasa anda meletakkan kereta
R (Reverse). Untuk mengundurkan kereta
N (Neutral). Tiada gear / gear dalam keadaan free

Cara Memandu Auto Dan Manual Yang Anda Perlu Tahu

Bagi sesetengah kenderaan auto terdapat fungsi tambahan gear seperti berikut:

3 (gear tiga) Sesuai ketika memotong
2 (gear dua) Sesuai ketika menuruni bukit
1 (gear 1) Disyorkan digunakan semasa mendaki bukit
L 1 @ L (low gear 1 atau low gear) Disyorkan digunakan semasa mendaki bukit
L 2 (low gear 2) Disyorkan semasa menuruni bukit

Button pada butang gear berfungsi sebagai lock, dan apabila button ditekan, barulah anda boleh mengerakkan butang gear anda. Walau begitu, sesetengah kereta auto tidak mempunyai button lock pada butang gear.

                 Cara Memandu Auto Dan Manual Yang Anda Perlu Tahu

Cara Memandu Kereta Auto

-Semasa menghidupkan kereta auto anda, pastikan butang gear berada di kedudukan mod 'P' dan handbrek atau brek tangan ditarik keatas sekiranya kereta di kawasan yang berbukit.

Sekiranya kenderaan anda dalam permukaan jalan yang rata, menurunkan brek tangan sebelum menghidupkan enjin tidak menjadi masalah, walau begitu pastikan gear berada di kedudukan mod 'P'.

-Apabila enjin telah dihidupkan, untuk bergerak, turunkan brek tangan, dan kaki kanan menekan pedal brek kaki , kemudian dengan menggunakan tangan kiri, tekan button lock pada gear (sekiranya ada) dan bawa gear anda pada kedudukan mod 'D' (Drive), lepaskan brek kaki dan tekan pedal minyak dengan menggunakan kaki kanan secara perlahan-lahan. Kereta anda akan bergerak secara perlahan-lahan, sebagai peringatan, jangan menekan pedal minyak secara mengejut kerana ia boleh menyebabkan kereta anda akan mengejut bergerak ke hadapan dengan laju. Keadaan ini sudah tentunya akan membahayakan diri anda .

-Untuk memudahkan anda agar dapat menguasi kawalan gear auto dengan mudah, kaki kiri tidak mempunyai fungsi apa-apa, biarkan kaki kiri anda relaks tetapi kaki kanan berfungsi untuk menekan pedal brek dan pedal minyak.

-Sebagai pengetahuan anda juga, kereta transmisi auto tidak mempunyai pedal klac.Semasa anda berada di kawasan lampu isyarat merah yang sekejap, biarkan gear di kedudukan 'D' dan anda hanya perlu menekan brek kaki, walau begitu, apabila lampu isyarat di jalan raya agak lama , anda boleh menukar gear pada mod 'N' dan hanya menekan dengan menggunakan kaki kanan pedal brek kaki.

-Apabila lampu isyarat bertukar ke lampu hijau, anda boleh menukar gear ke mod 'D' dan lepaskan brek dan menekan pedal minyak secara perlahan-lahan. Apabila anda memotong kenderaan lain, anda perlu menekan minyak ke dalam sedikit bergantung pada kelajuan kenderaan anda. Bagi butang gear yang mempunyai mod '3', anda boleh beralih dari 'D' ke mod '3' untuk menambah kuasa pecutan kereta anda. Apabila anda telah selesai memotong kenderaan, anda perlu menukar gear anda ke mod 'D' semula.

-Semasa anda memandu di kawasan bukit yang amat tinggi, anda perlu menilai bagaimana kereta anda bergerak dengan lancar semasa mendaki bukit tersebut, misalnya sekiranya keadaan jalan agak lancar tanpa kenderaan lain, mungkin anda boleh melakukan pecutan daripada bawah kaki bukit kerana, sekiranya anda tidak melakukan pecutan awal, kereta anda akan bergerak teramat perlahan sekali walaupun ia secara automatik enjin akan bertukar ke mod gear rendah.

-Bagi butang gear yang mempunyai mod '1' atau '2', anda boleh beralih dari 'D' ke mod '1' atau '2' untuk menambahkan kuasa kereta anda semasa mendaki bukit.Ketika anda menuruni bukit yang amat curam, penggunaan butang gear ke mod '2' amat disyorkan. Sekiranya kereta anda tidak mempunyai mod '2', sebenarnya semasa menuruni bukit, enjin kereta anda akan secara automatik akan bertukar ke mod gear rendah, apa yang paling penting brek kereta anda berfungsi dengan baik.

-Sekiranya anda meletakkan kereta anda di kawasan berbukit, pastikan butang gear kereta anda berada di kedudukan mod 'P' dan harus menarik brek tangan. Bagi anda yang terperangkap dengan kesesakan jalan raya di kawasan berbukit, biarkan gear pada mod 'D' dan anda perlu menekan brek kaki, apabila kereta akan bergerak, lepaskan brek dan tekan pedal minyak. Selalunya kereta anda tidak akan terundur ke belakang tetapi sesetengah kereta auto, pada situasi yang sama, ia boleh terundur ke belakang, oleh itu penggunaan brek tangan sebelum menekan pedal minyak perlu dilakukan.

Cara Memandu Secara Manual

-Penerangan ringkas mengenai Kereta Manual

Kereta manual adalah kereta yang mempunyai transmisi gear yang digerakkan dengan secara manual. Kedua-dua tangan dan kaki berperanaan utama untuk mengawal pergerakan kenderaan. Anda harus menguasai pergerakan gear, kawalan stering, kawalan kaki kiri dan kaki kanan terhadap clutch, brek, dan minyak. Kegagalan untuk menguasai teknik ini menyebabkan kereta sukar untuk bergerak dan boleh membahayakan diri anda ketika berada di jalan raya.

-Persediaan minda dan teknik imaginasi sebelum memandu kereta manual

Sebelum anda belajar memandu kereta manual, anda disyorkan untuk mempersiapkan minda anda terlebih dahulu untuk belajar kerana minda menjejaskan keseluruhan prestasi anda untuk memandu kenderaan jenis manual. Katakan kepada diri sendiri, anda ingin belajar dan pandai memandu kereta manual walau apapun yang terjadi. Kata-kata semangat itu penting untuk mengatasi ketakutan, gugup, ketika belajar memandu.

Cara untuk mengatasi perasaan panik, gugup, takut, ketika mengandalikan kereta ini adalah dengan menguasi sepenuhnya pergerakan gear, kebolehan untuk mengawal, stering, clutch, break, dan minyak. Bagaimana untuk menguasai pergerakan-pergerakan ini? Praktikal dan teori adalah perkara yang berbeza, oleh itu, anda perlu belajar melalui teori terlebih dahulu dan barulah belajar praktikal. Dalam pembelajaran teori gear kereta manual, anda perlu memahami bagaimana pergerakan gear, peranan kaki kiri dan kaki kanan, peranan tangan kiri, dan peranan tangan kanan. Selain itu, peranan mata berada di kedudukan memandang ke hadapan.

-Teknik imiginasi untuk kuasai pergerakan gear manual

Imiginasi adalah amat penting untuk membolehkan anda cekap dan cepat menguasai pergerakan gear, peranaan kaki kiri dan kaki kanan. Baik, Perhatikan secara teliti bagaimana gear manual berfungsi, pergerakan-pergerakan gear manual, fungsi kaki kiri dan kanan. Apabila anda telah menguasi teori ini, cuba untuk kuasai secara melalui imaginasi anda, misalnya, dalam posisi duduk, bayangkan anda benar-benar sedang memandu sendiri sebuah kereta manual di jalan raya, ingat pergerakan gear, ingat fungsi kaki kiri dan kanan dan lakukan secara berulang -ulang kali teknik imaginasi ini sehingga anda menguasi secara jelas. Teknik ini amat berkesan apabila anda beralih kepada praktikal membawa kereta manual.

-Peranan tangan kiri, tangan kanan, kaki kiri dan kaki kanan, dan peranan mata semasa memandu kereta manual

1. Tangan kiri
Tangan kiri berfungsi mengawal pergerakan butang gear, setiap penukaran gear, tangan kiri harus mengerakkan butang gear dengan cepat. Selain itu, tangan kiri juga berfungsi untuk mengawal stering kenderaan bersama-saman dengan tangan kanan.

2. Tangan kanan
Tangan kanan berfungsi sepenuhnya mengawal stering kenderaan bersama-sama dengan tangan kiri.

3. Kaki Kiri
Kaki kiri berfungsi untuk mengawal clutch dan membolehkan penukaran gear. Kaki kiri akan menekan pedal clutch dan tangan kiri akan memasukkan gear. Selain itu, tangan kiri juga berfungsi untuk mengawal brek tangan.

4. Kaki Kanan
Kaki kanan berfungsi untuk mengawal pedal brek dan pedal minyak.

5. Peranan Mata
Mata berperanan untuk melihat ke hadapan jalan.

Transmisi Kereta manual

-Penerangan asas fungsi pedal clutch, brek kaki, minyak dan brek tangan

1. Pedal Clutch / klas
Pedal clutch berfungsi untuk mengerakkan butang gear. Jika pedal clutch tidak ditekan dengan kaki kiri, butang gear tidak boleh digerakkan.

2. Pedal Brek
Pedal brek berfungsi untuk menghentikan pergerakkan kenderaan. Kedudukan brek bertempat di keempat-empat tayar kenderaan. Anda perlu menekan pedal brek menggunakan kaki kanan jika menghentikan pergerakan kenderaan anda.

3. Pedal Minyak
Pedal minyak berfungsi untuk mengerakkan kenderaan. Kaki kanan perlu menekan pedal minyak untuk membolehkan kereta bergerak. Pastikan jangan menekan secara mengejut pedal minyak dalam keadaan gear berada di kedudukan gear 1,2,3,4,5, kerana kenderaan akan begerak secera mengejut ke hadapan.

4.Brek tangan / hand brek
Brek tangan berfungsi untuk menghentikan pergerakan kenderaan atau apabila kedudukan kereta berhenti di jalan berbukit / jalan jem di kawasan tinggi / berbukit. Brek ini digunakan hanya kepada keadaan-keadan tertentu sahaja kerana pedal brek kaki yang kerap digunakan.

-Penerangan ringkas cara memandu kereta manual

1. Sebelum menghidupkan enjin kenderaan, pastikan gear berada dalam keadaan free. Hidupkan kenderaan anda dan pastikan anda duduk dalam keadaan selesa. Betulkan, kedudukan cermin sisi kiri dan kanan serta cermin pandang belakang.

2. Tekan pedal clutch dan masukkan gear ke kedudukan gear 1, lepaskan pedal clutch secara perlahan-lahan sambil kaki kanan menekan pedal minyak secara perlahan-lahan dan pada masa yang sama, lepaskan brek tangan. Kenderaan akan bergerak ke hadapan secara perlahan-lahan.

3. Tekan pedal clutch, dan masukkan gear ke kedudukan gear 2, lepaskan clutch secar perlahan-lahan dan pada masa yang sama, tekan pedal minyak.

4. Tekan pedal clutch, dan masukkan gear ke kedudukan gear 3, lepaskan clutch secar perlahan-lahan dan pada masa yang sama, tekan pedal minyak.

5. Tekan pedal clutch, dan masukkan gear ke kedudukan gear 4, lepaskan clutch secar perlahan-lahan dan pada masa yang sama, tekan pedal minyak.

6. Tekan pedal clutch, dan masukkan gear ke kedudukan gear 5, lepaskan clutch secar perlahan-lahan dan pada masa yang sama, tekan pedal minyak. Pada kedudukan ini, kenderaan akan begerak dengan lancar.

7. Anda boleh menukar gear rendah atau gear tinggi mengikut situasi keadaan di jalan raya, dalam keadaan jem, menuruni bukit, menaiki bukit, anda perlu menggunakan gear rendah seperti gear 1, dan 2.

-Fungsi gear 1,2,3,4,5, dan gear reverse / undur

1. Gear satu
Digunakan apabila mengerakkan kenderaan, menaiki bukit, menuruni bukit, jalan jem.

2. Gear dua
Menjadikan pergerakkan kenderaan lebih lancar selepas dari gear 1. Sesuai digunakan semasa menaiki bukit, menuruni bukit.

3. Gear tiga
Menjadikan pergerakan kenderaan bertambah lancar berbanding gear 2. Sesuai digunakan semasa memotong atau menaiki bukit yang rendah.

4. Gear empat
Menjadikan pergerakan kenderaan bertambah lancar berbanding gear 3. Sesuai digunakan semasa memotong.

5. Gear Lima
Pergerakan kenderaan berada di kedudukan yang lancar. Sesuai digunakan semasa memotong kenderaan lain. Dalam keadaan jalan yang lurus, jalan rata, kekalkan kedudukan gear ini.

6. Gear Reverse / Undur
Gear ini hanya digunakan apabila anda meletak kenderaan anda. Dalam keadaan jalan berbukit, penggunaan gear reverse mesti bersama-sama dengan brek tangan untuk keselamatan.

7. Untuk menukar ke gear rendah, anda perlu menekan clutch terlebih dahulu. Anda perlu bijak menukar gear mengikut situasi-situasi di jalan raya.

Semoga perkongsian saya kali ini, harap dapat membantu anda dalam memahirkan diri memandu secara auto, tambahan lagi secara manual. 

2 comments:

  1. Selamat Tahun Baru!
    Dapatkan kredit percuma sebagai hadiah anda di sini,
    www.kreditpercuma2017.blogspot.my

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks blogwalking...selamat tahun baru jgak

      Delete

Powered by Blogger.