Bahaya MSG Pada Tubuh Manusia Yang Anda Tidak Tahu


Apa itu MSG?Adakah ia berbahaya kepada tubuh manusia dan apa akibatnya pengambilan MSG?

Berdasarkan penyelidikan penguat rasa makanan, yang lazim disebut MSG (Monosodium Glutamate), boleh merosakkan nafsu makan seseorang dengan merosakkan tisu otak yang bertugas untuk mnegendalikan nafsu makan. Rasa penguat yang ditimbulkan dapat menyebabkan seseorang sangat ketagihan luar bisa pada makanan yang mengandungi MSG ini.

Berikut ini 6 bahaya MSG bagi tubuh manusia, antaranya:

1.MSG boleh menyebabkan gemuk

Rasa ketagihan yang berlebihan yang disebabkan oleh MSG boleh membuat anda ketagihan terus-menerus terhadap makanan yang mengandungi MSG ini. Sebuah kajian yang dilakukan di China yang melibatkan 752 orang sihat usia 40-59 tahun Cina yang diambil dari sebuah desa di China. Sebahagian diminta makan makanan komersial yang mengandungi MSG dan sebahagian di minta makan makanan yang sihat tanpa MSG. Mereka bekerja seperti biasa dan hasilnya orang yang makan makanan yang mengandungi MSG mempunyai indeks berat badan yang lebih tinggi berbanding yang lain.

2.MSG boleh menyebabkan kerosakan otak

Pada dasaranya MSG adalah penguat rasa makanan yang boleh merangsang prestasi otak untuk bertindak balas nafsu makan. Jika terus-menerus memakan MSG boleh dibayangkan bahawa otak anda akan terpacu secara berlebihan terutama bahagian otak yang bertugas mengawal nafsu makanan.

3.MSG dapat memacu keradangan hati

Pengambilan MSG secara berlebihan boleh menyebabkan kerja hati menjadi tidak normal boleh mencetuskan terjadinya keradangan hati.

4.Majoriti makanan cepat saji menggunakan MSG

Hal ini masuk akal juga MSG selain boleh menjadi penguat rasa makanan, ia juga dapat membantu mengawet makanan. Berhati-hatilah dalam memilih makanan. Pastikan anda benar-benar mendapatkan maklumat fakta yang sesungguhnya dari makanan yang akan anda beli.

5.MSG adalah penguat rasa yang paling banyak digunakan di dunia

MSG pada masa ini digunakan dibanyak sekali makanan komersial. Jadi pastikan sentiasa berhati-hatilah dalam memilih makanan. Terutama jika anada mempunyai anak kecil. Alangkah bahayanya pasti jika anak kecil sampai mengambil MSG. Pilihlah makanan sihat yang selamat dimakan setiap hari dan pastinya bebas MSG dan bahan pengawet.

6.MSG boleh melambatkan perkembangan kecerdasan kanak-kanak

Kandungan MSG yang yang mengganggu prestasi otak, dalam jangka waktu tertentu dapat melambatkan perkembangan kecerdasan otak anak anda. Jadi sayangilah anak anda dengan meilih makanan sihat.

No comments

Powered by Blogger.