Bahaya Menggunakan Puzzle Kotak Seperti Ini



Adakah di rumah anda ada tikar buih warna-warni?

Tikar atau matress dicorakkan puzzle kotak dengan warna-warni cerah bertuliskan huruf atau gambar itu kini banyak terdapat di rumah-rumah dan bahkan di padang bermain dan mainan kanak-kanak. Walau bagaimanapun, mulai saat ini sebaiknya anda mewaspadainya. Beberapa negara di Eropah telah melarang produk tersebut sejak awal tahun 2011 lalu.

Di sebalik warna-warninya yang menarik perhatian terutama bagi kanak-kanak kecil, ada bahaya mengintai yang perlu diberi perhatian. Tikar puzzle diperbuat daripada EVA (Ethylene Vinyl Acetate) yang dicampur formamida, formamida ditambah semasa proses pembuatan agar buih yang terbentuk lebih lembut dan empuk. Zat tersebut beracun serta karsinogen (menyebabkan kanser). Dalam bentuk murninya, formamida adalah zat kimia yang tidak berwarna dan kental, berbau ammonia ringan, mudah larut dalam air dan mudah memasuki tubuh melalui pernafasan atau pendedahan kepada kulit. Menghirup sejumlah besar wap formamida memerlukan perhatian perubatan dan mungkin akan memtikan jika ditelan.

Sampai saat ini, belum diketahui berapa besar kadar formamida dalam produk yang kebanyakan digunakan sebagai alas lantai tersebut. Namun, bahaya zat itu tidak perlu diragukan lagi. Sebuah kajian pada haiwan menunjukkan bahawa formamida menyebabkan kecacatan janin. Wanita hamil harus mengelakkan bahan kimia tersebut. Kajian yang sama juga mendapati bahawa bila bayi tikus menelan formamida kira-kira 100 mg / kg berat badan setiap hari, pertumbuhan fizikalnya akan menjadi perlahan.

Bayi dan kanak-kanak kecil paling terdedah tercemar, mereka mempunyai kebiasaan memsaukkan segala sesuatu ke mulutnya. Elakkan menyimpan makanan pada tikar ini terutama pada tikar yang masih baru. Formamida berbahaya bagi perkembangan anak-anak dan bagi ibu hamil kerana akan mempengaruhi perkembangan janin dan juga boleh menyebabkan kanser.

Jika di rumah anda masih menggunakan tikar ini sebagai alas lantai sebaik-baiknya elakkan sekarang juga kerana mencegah timbulnya masalah kesihatan lebih baik daripada mengubati. Banyak yang belum mengetahui tentang hal ini, bahagikan maklumat ini ke facebook agar terbaca saudara, teman dan tetangga agar berhati-hati demi menjaga kesihatan keluarga anda.

No comments

Powered by Blogger.