Jackie Chan Beli Jet Peribadi Bernilai RM82 Juta


[Image: 12feb-jack.transformed.jpg]

HONG KONG: Ikon perfileman China, Jackie Chan, 61, menambah aset mewah apabila membeli sebuah jet peribadi keluaran terbaharu syarikat berpangkalan di Brazil, Legacy 500 yang bernilai RM82 juta.

Bintang yang turut menjadi duta pembuat pesawat komersil, perniagaan dan militari itu dikatakan pelanggan China pertama membeli keluaran terkini Boeing Aerospace.

Namun, pesawat eksklusif yang mampu memuatkan 12 penumpang bukanlah aset pertama dimilikinya.

Pada tahun 2012, Chan membeli model Legacy 650 keluaran syarikat sama.

"Saya sangat teruja dapat memiliki jet eksekutif mewah Legacy 500. Sejak beberapa tahun lalu, Legacy 650 kepunyaan saya memberi pengalaman pengembaraan yang menakjubkan dan selesa.

"Pesawat ini membolehkan saya melunaskan undangan dan komitmen lakonan di seluruh dunia dengan lancar. Saya pasti Legacy 500 mampu memenuhi jangkaan serta menjadi kediaman dan pejabat bergerak yang berkesan," katanya.

Difahamkan pesawat di bawah model The Boeing 500 mampu terbang jauh hingga 5,800 kilometer yang dikuasakan enjin turbo berprestasi tinggi Honeywell HTF75000E.

Sumber: Berita Harian

No comments

Powered by Blogger.